Jenayah
Jom tengok video...
Zina dan Qazaf
https://www.youtube.com/watch?v=4yknQmx-_Nc
Rogol
https://www.instagram.com/tv/CHwnrHfnreQ/?igshid=16xkaobku01zv
Moga Allah pelihara semua daripada jenayah yang kejam dan maksiat keji.
Zina dan Qazaf
https://www.youtube.com/watch?v=4yknQmx-_Nc
Rogol
https://www.instagram.com/tv/CHwnrHfnreQ/?igshid=16xkaobku01zv
Moga Allah pelihara semua daripada jenayah yang kejam dan maksiat keji.
PENGERTIAN
|
Segala perkara itu dinilai bergantung kepada niat seseorang.
|
HURAIAN
PENGERTIAN
|
o
Segala perbuatan & perkataan itu dinilai berdasarkan kepada
niat seseorang.
o
Niat menentukan sama ada amalan seseorang itu mendapat pahala
atau dosa.
o
Segala amalan tidak bernilai di sisi syarak jika tidak disertai
dengan niat di dalam hati.
o
Seseorang yang melafazkan niat dengan lidah sahaja tanpa hadir
niat tersebut di dalam hati, maka ia tidak sah.
o
Jika ada perselisihan di antara lafaz niat dengan niat dalam
hati, maka diambil kira niat dalam hati.
|
CONTOH
|
o
Berwuduk/ mandi kadang kala untuk membersihkan badan dan adakala
bertujuan ibadat.
o
Duduk dalam masjid kadang kala untuk beristirehat dan kadang
kala bertujuan iktikaf.
o
Memberi harta kepada orang lain dengan pelbagai tujuan seperti
sedekah, zakat, hibah dan kafarah.
o
Menyembelih haiwan ternakan dengan pelbagai tujuan seperti untuk
makan dagingnya, korban, akikah dan nazar.
o
Memerah anggur jika diniatkan untuk dibuat arak adalah
diharamkan tetapi jika diperah untuk dijadikan cuka, maka ia diharuskan.
|
DALIL
|
o Firman Allah SWT:
وَمَآ أُ مِرُواْ إِلَّا لِيعْبُدُواْ
اٌللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ اٌلدِّينَ حُنَفَآءَ
Maksudnya: “Pada hal mereka tidak
diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat
kepadaNya, lagi teguh di atas tauhid”
o Hadis Rasulullah s.a.w:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ
امْرِئٍ مَا نَوَى
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu
bergantung kepada niat dan seseorang itu memperoleh balasan mengikut apa yg
diniatkan”
لا عَمَلَ لِمَنْ لا نِيَّةَ لَهُ
Maksudnya: “Tidak ada amalan bagi orang yang tidak
mempunyai niat”
نِيَّةُ الْمُؤْمِنِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ
Maksudnya: “Niat orang yg beriman lebih
baik drpd amalannya”
|
TUJUAN BERNIAT
|
HURAIAN/ CONTOH
|
Untuk membezakan ibadat dengan adat
|
o
Berwuduk/ mandi kadang kala untuk membersihkan badan dan adakala
bertujuan ibadat.
o
Duduk dalam masjid kadang kala untuk beristirehat dan kadang
kala bertujuan iktikaf.
|
Untuk membezakan martabat/ jenis ibadat
|
o
Memberi harta kepada orang lain dengan pelbagai tujuan seperti
sedekah, zakat, hibah dan kafarah.
o
Menyembelih haiwan ternakan dengan pelbagai tujuan seperti untuk
makan dagingnya, korban, akikah dan nazar.
o
Solat dengan pelbagai tujuan seperti solat fardu, solat sunat
dan qada’.
|
Untuk membezakan ibadat dengan maksiat
|
o
Memerah anggur jika diniatkan untuk dibuat arak adalah
diharamkan tetapi jika diperah untuk dijadikan cuka, maka ia diharuskan.
o
Menyembelih haiwan dengan niat korban, akikah atau untuk
berhala.
|
Untuk membezakan antara amalan taqarrub kepada Allah
|
o
Menyembelih haiwan ternakan dengan pelbagai tujuan seperti untuk
makan dagingnya, korban, akikah dan nazar.
|
Untuk membezakan darjah pahala
di sisi Allah
|
o
Seseorang yang melakukan amalan dengan niat yang ikhlas kerana
Allah akan memperolehi pahala yang banyak daripada Allah.
o
Semakin tinggi keikhlasannya semakin banyak pahala kerana Allah
menilai sesuatu amalan itu bukan berdasarkan kuantiti tetapi berdasarkan niat
seseorang yang ikhlas.
|
MASA BERNIAT
|
Niat hendaklah dilakukan pada permulaan sesuatu amalan ibadat.
|
CONTOH
|
o Wuduk: Berniat ketika membasuh muka
o Mandi wajib: Berniat ketika air menimpa badan
o Membaca khutbah: Berniat ketika membaca "الحمد لله"
o Solat: Berniat ketika mengucapkan "الله أكبر"
|
PENGECUALIAN
|
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa amalan ibadat yang harus
didahulukan niat daripada perbuatan seperti:
·
Puasa Ramadan:
Harus berniat pada malamnya lagi hingga sebelum terbit fajar
walaupun ibadat puasa belum lagi bermula.
·
Puasa sunat:
Harus berniat walaupun waktu puasa telah bermula.
·
Zakat:
Harus berniat ketika menyerahkan zakat kepada asnaf atau
pemerintah. Manakala Mazhab Syafie berpendapat diharuskan mendahulukan
niat sebelum seseorang menunaikan
ibadat zakat.
·
Sembelihan korban:
Harus berniat sebelum sembelihan dilakukan.
|
SYARAT NIAT
|
HURAIAN
|
ISLAM
|
o
Tidak sah niat & ibadat yang dilakukan oleh orang kafir.
o
Namun ada PENGECUALIAN:
-
Sah niat & mandi wajib untuk haid dan nifas wanita ahli
kitab yang bertujuan menghalalkan suaminya yang muslim menyetubuhinya.
-
Sah niat & pembayaran kafarah orang kafir.
-
Sah niat & pembayaran zakat orang murtad.
|
MUMAIYYIZ
|
o
Tidak sah niat & ibadat kanak-kanak belum mumaiyyiz.
o
Namun ada PENGECUALIAN:
-
Sah niat & wuduk kanak-kanak belum mumaiyyiz yang diwudukkan
oleh ibu bapa/ walinya untuk melakukan tawaf.
-
Sah niat & haji yang dilakukan oleh ibu bapa/ wali
kanak-kanak belum mumaiyyiz untuknya.
|
WARAS
|
o
Tidak sah niat & ibadat yang dilakukan oleh orang gila.
o
Namun ada PENGECUALIAN:
-
Sah niat & mandi wajib untuk haid dan nifas yang dilakukan
oleh suami ke atas isterinya yang gila.
|
MENGETAHUI
PERKARA YANG DINIATKAN
|
o
Tidak sah niat & ibadat yang dilakukan oleh orang jahil
(tidak tahu).
o
Contoh:
-
Tidak sah niat & solat yang dilakukan oleh orang jahil
tentang kefarduan solat.
|
TIDAK MELAKUKAN
PERKARA YANG BOLEH MEROSAKAN NIAT
|
o
Antara perbuatan yang boleh merosakan niat ialah:
- Murtad. Jika murtad ketika solat/
puasa maka batal lah solat/ puasa itu.
- Berniat memutuskan solat. Seperti
berniat untuk berhenti solat. Maka batal lah solat itu.
- Ragu-ragu untuk melakukan ibadat.
Seperti seseorang yang ragu-ragu sama ada meneruskan atau menghentikan solat,
maka batal lah solat itu.
|
AMALAN YANG MEMERLUKAN NIAT
|
o
Amalan yang hanya sah jika ada niat seperti: Wuduk/ tayammum
Mandi wajib/ mandi sunat, Solat fardu/ solat sunat, Puasa, Haji/ umrah,
Nazar/ qada’, Korban/ akikah.
|
AMALAN YANG
TIDAK MEMERLUKAN NIAT
|
o
Ibadat yang tidak mungkin menjadi adat.
Contoh: Beriman kepada
Allah, berzikir, berwirid, berselawat, membaca al-Quran dan sebagainya,
kerana ibadat tersebut berbeza dengan adat.
Jika perbuatan tersebut dinazarkan, maka hukumnya wajib berniat.
Tujuannya untuk membezakan ibadat yang dilakukan itu sama ada wajib atau
sunat.
o
Meninggalkan perbuatan yang diharamkan dan makruh, kerana
tujuan perintah untuk meninggalkan
perbuatan haram/ makruh telah tercapai walaupun tanpa niat.
Contoh: Meninggalkan
perbuatan zina, minum arak, judi dan lain-lain.
o
Memandikan jenazah. Tidak disyaratkan niat kerana tujuannya
untuk membersihkan jenazah daripada najis.
o
Seseorang yang ingin keluar daripada solat. Tidak disyaratkan
niat kerana niat hanya diperlukan pada permulaan soalt sahaja bukan pada
kesudahan atau meninggalkan solat.
o
Menghilangkan najis.
o Perkara mubah/ harus seperti makan,
minum.
|
(1) النية في اليمين تخصص اللفظ العام ولا تعمم الخاص
|
|
PENGERTIAN
|
Niat dalam sumpah dapat mengkhususkan lafaz yang umum, tetapi ia tidak
dapat mengumumkan lafaz yang khas.
|
HURAIAN
PENGERTIAN
|
Niat seseorang yang dilakukan dalam bersumpah boleh:
o
Mengkhususkan lafaz yang Umum
o
Memuqayyadkan lafaz yang Mutlak
o
Menerangkan lafaz yang Mujmal
|
CONTOH/ HURAIAN
CONTOH
|
o Sumpah yang Mengkhususkan lafaz yang
Umum:
-
A bersumpah: “Demi Allah! Aku tidak akan bercakap dengan
seseorang pun”.
·
Lafaz “seseorang” adalah lafaz yang Umum. Tetapi lafaz tersebut
boleh dikhususkan jika dia berniat tidak bercakap dengan B.
o Sumpah yang Memuqayyadkan lafaz yang
Mutlak:
-
A bersumpah: “Demi Allah! Aku tidak akan makan daging”.
·
Lafaz “daging” adalah lafaz yang Mutlak. Tetapi lafaz tersebut
boleh dimuqayyadkan jika dia berniat tidak makan daging arnab sahaja.
o Sumpah yang menjelaskan lafaz yang
Mujmal:
-
A bersumpah: “Demi Allah! Aku tidak akan memakai al-jun”.
·
Lafaz “al-jun” adalah lafaz yang mujmal. Tetapi lafaz tersebut
boleh dijelaskan jika dia berniat tidak akan memakai kain warna putih sahaja.
#Al-Jun
bermaksud kain berwarna putih dan hitam#
|
(2) مقاصد اللفظ على نية اللافظ
|
|
PENGERTIAN
|
Tujuan dan
matlamat lafaz adalah dirujuk kepada niat orang yang berlafaz.
|
HURAIAN
PENGERTIAN
|
Maksud lafaz/ perbuatan harus dikembalikan kepada niat orang yang
mengucapkan kata-kata/ melakukan perbuatan tersebut, iaitu apa yang
dimaksudkan olehnya.
|
CONTOH/ HURAIAN
CONTOH
|
o
A memanggil hambanya yang bernama Hurrah (yang dibebaskan):
“Wahai Hurrah!” Jika A memanggil hambanya itu dengan niat untuk membebaskannya.
Maka bebaslah dia.
o
A sedang mengerjakan solat, kemudian dia membaca takbir. Surah
lazim dengan suara yang nyaring dengan niat supaya diketahui oleh orang lain
bahawa dia sedang solat. Maka batal lah solatnya.
o
Seorang suami berkata kepada isterinya: “Engkau dicerai,
dicerai, dicerai”. Dengan niat permulaan @ dengan niat lafaz yang kedua/
ketiga menguatkan lafaz yang pertama. Dalam masalah ini, hukumnya jatuh talak
dua. Jika tidak berniat, pendapat yang sah jatuh talak tiga.
o
Seorang yang berhadas besar memasukkan tangannya ke dalam bekas
aiar sesudah niat mandi wajib. Jika dia berniat mandi wajib, maka air
tersebut menjadi air musta’mal. Jika dia tidak berniat mandi wajib, pendapat
yang sah, menjadi air musta’mal.
o
Jika seorang membeli perhiasa emas dengan niat untuk dipakai,
maka tidak awajib zakat. Tetapi jika dia berniat untuk disimpan, maka wajib
zakat. Jika dia tidak berniat, pendapat yang sah ialah tidak wajib zakat.
|
*PENGECUALIAN
|
o
Sumpah di hadapan hakim/ qadi
Maksud lafaz adalah dirujuk kepada niat hakim/ qadi, bukan
kepada niat orang yang melafazkan sumpah tersebut.
|
(3) الفرض لا يتأدى
بنية النفل
|
||
PENGERTIAN
|
Amalan fardu tidak terlaksana dengan niat amalan sunat
|
|
HURAIAN
PENGERTIAN
|
Amalan fardu tidak akan terlaksana dengan niat amalan sunat kerana
amalan fardu lebih tinggi darjatnya berbanding dengan amalan sunat. Jika
seseorang berniat amalan yang wajib, maka ia merangkumi amalan yang sunat
juga.
|
|
CONTOH/ HURAIAN
CONTOH
|
o
Seseorang yang menghulurkan sedikit wang dengan niat zakat dan
sedekah. Apa yang diambil kira ialah niat sedekah. Zakat hukumnya tidak sah.
o
Seseorang solat zuhur secara berjemaah di masjid tetapi dia
berniat solat tahiyyatul masjid. Solat zuhur tidak sah.
o
Seseorang yang membaca khutbah dengan niat membaca khutbah
Jumaat dan khutbah Gerhana secara serentak. Apa yang diambil kira ialah
khutbah Gerhana. Khutbah Jumaat hukumnya tidak sah.
o
Seorang bersembahyang dan memberi salam pertama dengan niat
salam kedua, maka salamnya tidak dikira.
o
Seorang bersin di dalam solat, lalu dia berkata:
“Alhamdulillah”. Kemudian dia menyambung membaca al-Fatihah. Solat hukumnya
batal.
o
Seorang bersembahyang telah meninggalkan sujud, kemudian dia
sujud sahwi. Menurut pandapat yang sah, solat fardu batal.
|
|
*PENGECUALIAN
|
الفرض يتأدى بنية النفل
|
|
*PENGERTIAN
|
Amalan fardu terlaksana dengan niat
amalan sunat.
|
|
*HURAIAN
PENGERTIAN
|
Kadang kala berlaku dalam masalah
tertentu, seseorang yang berniat menunaikan amalan sunat, tetapi niat dan
amalan sunat tersebut boleh berubah menjadi amalan wajib.
|
|
*CONTOH
|
o
Seseorang yang berniat menunaikan haji dan umrah sedangkan dia
belum menunaikan yang fardu, amak dia mendapat yang fardu.
o
Seseorang yang dalam tasyahhud akhir sedangkan dia telah meninggalkan
tasyahhud awal, kemudian dia sedar tertinggal tasyahhud awal, hukum solat
sah.
|
|
(4) وما يشترط فيه التعرض فالخطأ فيه مبطل
|
|
PENGERTIAN
|
Amalan-amalan
yang disyaratkan mempastikan atau menjelaskan niat, jika tersalah dalam
mempastikan atau penjelasan maka ia membatalkan amalan itu.
|
HURAIAN
PENGERTIAN
|
Apa yang disyaratkan supaya ditentukan/ dinyatakan niat, jika salah
dalam penentuan/ pernyataan niat, maka terbatallah amalan tersebut.
|
CONTOH/ HURAIAN
CONTOH
|
o
Seorang yang akan mengerjakan solat zuhur diwajibkan menentukan/
menyatakan niat solat zuhur itu. Jika dia tersalah menentukan niat solat
zuhur (baca niat solat asar), maka solat zuhur itu batal.
*Bentuk solat zuhur & asar adalah sama, maka wajib dibezakan
antara kedua-duanya dengan ditentukan niatnya.
o
Seseorang yang berpuasa, namu dia tersalah dalam menentukan niat
(baca niat solat subuh), maka puasa itu batal.
o
Solat fardu wajib ditentukan niat untuk membezakan dengan solat
fardu yang lain atau solat sunat.
o
Puasa wajib ditentukan niat untuk membezakan puasa Ramadan,
sunat, qada’ dan nazar.
o
Haji wajib ditentukan niat untuk membezakannya dengan umrah
o
Sembelihan wajib ditentukan niat untuk membezakan antara korba,
akikah, nazar dan sembelihan biasa.
|
(5) العبرة في
العقود للمقاصد والمعاني لا للألفاظ والمباني
|
|
PENGERTIAN
|
Setiap yang diambil kira dalam masalah akad ialah maksud lafaz dan
maknanya, bukan lafaz dan bentuk perkataannya.
|
HURAIAN
PENGERTIAN
|
Apabila akad berlaku, di mana terdapat perbezaan di antara makna lafaz orang yang melakukan akad dengan
lafaz perkataan yang diucapkannya, maka yang diambil kira adalah maknanya
selagimana maknanya itu dapat difahami.
|
CONTOH/ HURAIAN
CONTOH
|
o
A berkata: “Aku beli dari engkau sehelai baju yang sifatnya
sekian-sekian dengan harga RM 50”. Lalu penjual menjawab: “Aku jual kepada
engkau”.
·
Imam Nawawi: Akad ini dikira sebagai jual beli (berdasarkan
lafaz)
·
Imam al-Subki: Akad ini dikira sebagai “salam” (berdasarkan
makna lafaz)
o
A berkata: “Aku hibahkan barang ini kepada engkau dengan harga
RM100.
·
Akad ini dikira sebagai jual beli berdasarkan makna lafaz.
o
Seseorang yang menderma darah kepada seorang pesakit dengan
menerima bayaran. Maka ia dikira sebagai jual beli bukannya derma.
o
Tidak sah akad nikah yang bertujuan untuk cina buta.
|