Welcome

"

Thursday, 16 April 2020

Peperiksaan STPM Semester 2 Tahun 2020

Assalamualaikum.

15 April 2020 Menteri umumkan peperiksaan STPM di ubah tarikhnya. Alhamdulillah. Oleh itu para  pelajar tak perlu risau.

Walaupun sukatan P2 dah habis secara online, buka sekolah nanti kita wajib ulang semula. Ingat tarikh ni.....

Syukurlah. Segala yang dilakukan adalah untuk selaras maqasid Syariah. 
Untuk menjaga nyawa.....




Latihan Kaedah 1 الأمور بمقاصدها

Soalan Latihan Kaedah 1


1.                
     1.    (a) Terangkan kaedah الأمور بمقاصدها dari segi pengertian, dalil dan contoh.                                                                                                                                                           [5]

(b) Dengan memberi contoh, jelaskan tiga amalan yang tidak memerlukan niat.                                                                                                                                  [ 6 ]

(c)    Dengan berpandukan kaedah الأمور بمقاصدها , huraikan hukum dan kaedah terbitan bagi persoalan berikut :                                                                                  
(i)  Seorang berkata demi Allah aku tidak akan bercakap dengan satu orang dan dia  niatkan orang itu Umar.                                                                 [ 3 ]

(ii ) Seseorang yang sedang mengerjakan sembahyang kemudian ia membaca ayat Al- Quran dengan menyaringkan suaranya bertujuan supaya diketahui seseorang ia sedang mengerjakan sembahyang.                                                              [ 3 ]
 
          (iii)  Seseorang yang menderma buah pinggang kepada seseorang pesakit
            dengan  menerima bayaran atau harga.                                           [ 3]




Monday, 13 April 2020

Malaysia situation on Covid 19

😢
Qawa'id fiqhiyyah

 Kaedah 1  الأامور بمقاصدها


1.            KONSEP KAEDAH  الأمور بمقاصدها
PENGERTIAN
Segala perkara itu dinilai bergantung kepada niat seseorang.
HURAIAN PENGERTIAN
o  Segala perbuatan & perkataan itu dinilai berdasarkan kepada niat seseorang.
o  Niat menentukan sama ada amalan seseorang itu mendapat pahala atau dosa.
o  Segala amalan tidak bernilai di sisi syarak jika tidak disertai dengan niat di dalam hati.
o  Seseorang yang melafazkan niat dengan lidah sahaja tanpa hadir niat tersebut di dalam hati, maka ia tidak sah.
o  Jika ada perselisihan di antara lafaz niat dengan niat dalam hati, maka diambil kira niat dalam hati.
CONTOH
o  Berwuduk/ mandi kadang kala untuk membersihkan badan dan adakala bertujuan ibadat.
o  Duduk dalam masjid kadang kala untuk beristirehat dan kadang kala bertujuan iktikaf.
o  Memberi harta kepada orang lain dengan pelbagai tujuan seperti sedekah, zakat, hibah dan kafarah.
o  Menyembelih haiwan ternakan dengan pelbagai tujuan seperti untuk makan dagingnya, korban, akikah dan nazar.
o  Memerah anggur jika diniatkan untuk dibuat arak adalah diharamkan tetapi jika diperah untuk dijadikan cuka, maka ia diharuskan.
DALIL
o    Firman Allah SWT:
وَمَآ أُ مِرُواْ إِلَّا لِيعْبُدُواْ اٌللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ اٌلدِّينَ حُنَفَآءَ
Maksudnya: “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi teguh di atas tauhid”

o    Hadis Rasulullah s.a.w:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat dan seseorang itu memperoleh balasan mengikut apa yg diniatkan”

لا عَمَلَ لِمَنْ لا نِيَّةَ لَهُ
Maksudnya: “Tidak ada amalan bagi orang yang tidak mempunyai niat”

نِيَّةُ الْمُؤْمِنِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ
Maksudnya: “Niat orang yg beriman lebih baik drpd amalannya”

2.            TUJUAN BERNIAT
TUJUAN BERNIAT
HURAIAN/ CONTOH
Untuk membezakan ibadat dengan adat
o    Berwuduk/ mandi kadang kala untuk membersihkan badan dan adakala bertujuan ibadat.
o    Duduk dalam masjid kadang kala untuk beristirehat dan kadang kala bertujuan iktikaf.
Untuk membezakan martabat/ jenis ibadat
o    Memberi harta kepada orang lain dengan pelbagai tujuan seperti sedekah, zakat, hibah dan kafarah.
o    Menyembelih haiwan ternakan dengan pelbagai tujuan seperti untuk makan dagingnya, korban, akikah dan nazar.
o    Solat dengan pelbagai tujuan seperti solat fardu, solat sunat dan qada’.
Untuk membezakan ibadat dengan maksiat
o    Memerah anggur jika diniatkan untuk dibuat arak adalah diharamkan tetapi jika diperah untuk dijadikan cuka, maka ia diharuskan.
o    Menyembelih haiwan dengan niat korban, akikah atau untuk berhala.
Untuk membezakan antara amalan taqarrub kepada Allah
o    Menyembelih haiwan ternakan dengan pelbagai tujuan seperti untuk makan dagingnya, korban, akikah dan nazar.
Untuk membezakan darjah pahala  di sisi Allah
o    Seseorang yang melakukan amalan dengan niat yang ikhlas kerana Allah akan memperolehi pahala yang banyak daripada Allah.
o    Semakin tinggi keikhlasannya semakin banyak pahala kerana Allah menilai sesuatu amalan itu bukan berdasarkan kuantiti tetapi berdasarkan niat seseorang yang ikhlas.

3.            MASA BERNIAT
MASA BERNIAT
Niat hendaklah dilakukan pada permulaan sesuatu amalan ibadat.
CONTOH
o     Wuduk: Berniat ketika membasuh muka
o     Mandi wajib: Berniat ketika air menimpa badan
o     Membaca khutbah: Berniat ketika membaca "الحمد لله"
o     Solat: Berniat ketika mengucapkan "الله أكبر"
PENGECUALIAN
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa amalan ibadat yang harus didahulukan niat daripada perbuatan seperti:
·         Puasa Ramadan:
Harus berniat pada malamnya lagi hingga sebelum terbit fajar walaupun ibadat puasa belum lagi bermula.
·         Puasa sunat:
Harus berniat walaupun waktu puasa telah bermula.
·         Zakat:
Harus berniat ketika menyerahkan zakat kepada asnaf atau pemerintah. Manakala Mazhab Syafie berpendapat diharuskan mendahulukan niat  sebelum seseorang menunaikan ibadat zakat.
·         Sembelihan korban:
Harus berniat sebelum sembelihan dilakukan.

4.            SYARAT NIAT
SYARAT NIAT
HURAIAN
ISLAM
o     Tidak sah niat & ibadat yang dilakukan oleh orang kafir.
o     Namun ada PENGECUALIAN:
-          Sah niat & mandi wajib untuk haid dan nifas wanita ahli kitab yang bertujuan menghalalkan suaminya yang muslim menyetubuhinya.
-          Sah niat & pembayaran kafarah orang kafir.
-          Sah niat & pembayaran zakat orang murtad.
MUMAIYYIZ
o     Tidak sah niat & ibadat kanak-kanak belum mumaiyyiz.
o     Namun ada PENGECUALIAN:
-          Sah niat & wuduk kanak-kanak belum mumaiyyiz yang diwudukkan oleh ibu bapa/ walinya untuk melakukan tawaf.
-          Sah niat & haji yang dilakukan oleh ibu bapa/ wali kanak-kanak belum mumaiyyiz untuknya.
WARAS
o     Tidak sah niat & ibadat yang dilakukan oleh orang gila.
o     Namun ada PENGECUALIAN:
-          Sah niat & mandi wajib untuk haid dan nifas yang dilakukan oleh suami ke atas isterinya yang gila.
MENGETAHUI PERKARA YANG DINIATKAN
o     Tidak sah niat & ibadat yang dilakukan oleh orang jahil (tidak tahu).
o     Contoh:
-          Tidak sah niat & solat yang dilakukan oleh orang jahil tentang kefarduan solat.
TIDAK MELAKUKAN PERKARA YANG BOLEH MEROSAKAN NIAT
o     Antara perbuatan yang boleh merosakan niat ialah:
-    Murtad. Jika murtad ketika solat/ puasa maka batal lah solat/ puasa itu.
-    Berniat memutuskan solat. Seperti berniat untuk berhenti solat. Maka batal lah solat itu.
-    Ragu-ragu untuk melakukan ibadat. Seperti seseorang yang ragu-ragu sama ada meneruskan atau menghentikan solat, maka batal lah solat itu.

5.            AMALAN YANG MEMERLUKAN NIAT & AMALAN YANG TIDAK MEMERLUKAN NIAT
AMALAN YANG MEMERLUKAN NIAT
o     Amalan yang hanya sah jika ada niat seperti: Wuduk/ tayammum Mandi wajib/ mandi sunat, Solat fardu/ solat sunat, Puasa, Haji/ umrah, Nazar/ qada’, Korban/ akikah.
AMALAN YANG TIDAK MEMERLUKAN NIAT
o     Ibadat yang tidak mungkin menjadi adat.
Contoh: Beriman kepada Allah, berzikir, berwirid, berselawat, membaca al-Quran dan sebagainya, kerana ibadat tersebut berbeza dengan adat.
Jika perbuatan tersebut dinazarkan, maka hukumnya wajib berniat. Tujuannya untuk membezakan ibadat yang dilakukan itu sama ada wajib atau sunat.
o     Meninggalkan perbuatan yang diharamkan dan makruh, kerana tujuan  perintah untuk meninggalkan perbuatan haram/ makruh telah tercapai walaupun tanpa niat.
Contoh: Meninggalkan perbuatan zina, minum arak, judi dan lain-lain.
o     Memandikan jenazah. Tidak disyaratkan niat kerana tujuannya untuk membersihkan jenazah daripada najis.
o     Seseorang yang ingin keluar daripada solat. Tidak disyaratkan niat kerana niat hanya diperlukan pada permulaan soalt sahaja bukan pada kesudahan atau meninggalkan solat.
o     Menghilangkan najis.
o     Perkara mubah/ harus seperti makan, minum.

6.            KAEDAH TERBITAN
(1) النية في اليمين تخصص اللفظ العام ولا تعمم الخاص
PENGERTIAN
Niat dalam sumpah dapat mengkhususkan lafaz yang umum, tetapi ia tidak dapat mengumumkan lafaz yang khas.
HURAIAN PENGERTIAN
Niat seseorang yang dilakukan dalam bersumpah boleh:
o    Mengkhususkan lafaz yang Umum
o    Memuqayyadkan lafaz yang Mutlak
o    Menerangkan lafaz yang Mujmal
CONTOH/ HURAIAN CONTOH
o     Sumpah yang Mengkhususkan lafaz yang Umum:
-          A bersumpah: “Demi Allah! Aku tidak akan bercakap dengan seseorang pun”.
·         Lafaz “seseorang” adalah lafaz yang Umum. Tetapi lafaz tersebut boleh dikhususkan jika dia berniat tidak bercakap dengan B.
o     Sumpah yang Memuqayyadkan lafaz yang Mutlak:
-          A bersumpah: “Demi Allah! Aku tidak akan makan daging”.
·         Lafaz “daging” adalah lafaz yang Mutlak. Tetapi lafaz tersebut boleh dimuqayyadkan jika dia berniat tidak makan daging arnab sahaja.
o     Sumpah yang menjelaskan lafaz yang Mujmal:
-          A bersumpah: “Demi Allah! Aku tidak akan memakai al-jun”.
·         Lafaz “al-jun” adalah lafaz yang mujmal. Tetapi lafaz tersebut boleh dijelaskan jika dia berniat tidak akan memakai kain warna putih sahaja.
#Al-Jun bermaksud kain berwarna putih dan hitam#

(2) مقاصد اللفظ على نية اللافظ
PENGERTIAN
Tujuan dan matlamat lafaz adalah dirujuk kepada niat orang yang berlafaz.
HURAIAN PENGERTIAN
Maksud lafaz/ perbuatan harus dikembalikan kepada niat orang yang mengucapkan kata-kata/ melakukan perbuatan tersebut, iaitu apa yang dimaksudkan olehnya.
CONTOH/ HURAIAN CONTOH
o     A memanggil hambanya yang bernama Hurrah (yang dibebaskan): “Wahai Hurrah!” Jika A memanggil hambanya itu dengan niat untuk membebaskannya. Maka bebaslah dia.
o     A sedang mengerjakan solat, kemudian dia membaca takbir. Surah lazim dengan suara yang nyaring dengan niat supaya diketahui oleh orang lain bahawa dia sedang solat. Maka batal lah solatnya.
o     Seorang suami berkata kepada isterinya: “Engkau dicerai, dicerai, dicerai”. Dengan niat permulaan @ dengan niat lafaz yang kedua/ ketiga menguatkan lafaz yang pertama. Dalam masalah ini, hukumnya jatuh talak dua. Jika tidak berniat, pendapat yang sah jatuh talak tiga.
o     Seorang yang berhadas besar memasukkan tangannya ke dalam bekas aiar sesudah niat mandi wajib. Jika dia berniat mandi wajib, maka air tersebut menjadi air musta’mal. Jika dia tidak berniat mandi wajib, pendapat yang sah, menjadi air musta’mal.
o     Jika seorang membeli perhiasa emas dengan niat untuk dipakai, maka tidak awajib zakat. Tetapi jika dia berniat untuk disimpan, maka wajib zakat. Jika dia tidak berniat, pendapat yang sah ialah tidak wajib zakat.
*PENGECUALIAN
o     Sumpah di hadapan hakim/ qadi
Maksud lafaz adalah dirujuk kepada niat hakim/ qadi, bukan kepada niat orang yang melafazkan sumpah tersebut.

(3) الفرض لا يتأدى بنية النفل
PENGERTIAN
Amalan fardu tidak terlaksana dengan niat amalan sunat
HURAIAN PENGERTIAN
Amalan fardu tidak akan terlaksana dengan niat amalan sunat kerana amalan fardu lebih tinggi darjatnya berbanding dengan amalan sunat. Jika seseorang berniat amalan yang wajib, maka ia merangkumi amalan yang sunat juga.
CONTOH/ HURAIAN CONTOH
o     Seseorang yang menghulurkan sedikit wang dengan niat zakat dan sedekah. Apa yang diambil kira ialah niat sedekah. Zakat hukumnya tidak sah.
o     Seseorang solat zuhur secara berjemaah di masjid tetapi dia berniat solat tahiyyatul masjid. Solat zuhur tidak sah.
o     Seseorang yang membaca khutbah dengan niat membaca khutbah Jumaat dan khutbah Gerhana secara serentak. Apa yang diambil kira ialah khutbah Gerhana. Khutbah Jumaat hukumnya tidak sah.
o     Seorang bersembahyang dan memberi salam pertama dengan niat salam kedua, maka salamnya tidak dikira.
o     Seorang bersin di dalam solat, lalu dia berkata: “Alhamdulillah”. Kemudian dia menyambung membaca al-Fatihah. Solat hukumnya batal.
o     Seorang bersembahyang telah meninggalkan sujud, kemudian dia sujud sahwi. Menurut pandapat yang sah, solat fardu batal.
*PENGECUALIAN
الفرض يتأدى بنية النفل
*PENGERTIAN
Amalan fardu terlaksana dengan niat amalan sunat.
*HURAIAN PENGERTIAN

Kadang kala berlaku dalam masalah tertentu, seseorang yang berniat menunaikan amalan sunat, tetapi niat dan amalan sunat tersebut boleh berubah menjadi amalan wajib.
*CONTOH
o     Seseorang yang berniat menunaikan haji dan umrah sedangkan dia belum menunaikan yang fardu, amak dia mendapat yang fardu.
o     Seseorang yang dalam tasyahhud akhir sedangkan dia telah meninggalkan tasyahhud awal, kemudian dia sedar tertinggal tasyahhud awal, hukum solat sah.


(4) وما يشترط فيه التعرض فالخطأ فيه مبطل
PENGERTIAN
Amalan-amalan yang disyaratkan mempastikan atau menjelaskan niat, jika tersalah dalam mempastikan atau penjelasan maka ia membatalkan amalan itu.
HURAIAN PENGERTIAN
Apa yang disyaratkan supaya ditentukan/ dinyatakan niat, jika salah dalam penentuan/ pernyataan niat, maka terbatallah amalan tersebut.
CONTOH/ HURAIAN CONTOH
o     Seorang yang akan mengerjakan solat zuhur diwajibkan menentukan/ menyatakan niat solat zuhur itu. Jika dia tersalah menentukan niat solat zuhur (baca niat solat asar), maka solat zuhur itu batal.
*Bentuk solat zuhur & asar adalah sama, maka wajib dibezakan antara kedua-duanya dengan ditentukan niatnya.
o     Seseorang yang berpuasa, namu dia tersalah dalam menentukan niat (baca niat solat subuh), maka puasa itu batal.
o     Solat fardu wajib ditentukan niat untuk membezakan dengan solat fardu yang lain atau solat sunat.
o     Puasa wajib ditentukan niat untuk membezakan puasa Ramadan, sunat, qada’ dan nazar.
o     Haji wajib ditentukan niat untuk membezakannya dengan umrah
o     Sembelihan wajib ditentukan niat untuk membezakan antara korba, akikah, nazar dan sembelihan biasa.

(5) العبرة في العقود للمقاصد والمعاني لا للألفاظ والمباني
PENGERTIAN
Setiap yang diambil kira dalam masalah akad ialah maksud lafaz dan maknanya, bukan lafaz dan bentuk perkataannya.
HURAIAN PENGERTIAN
Apabila akad berlaku, di mana terdapat perbezaan di antara makna  lafaz orang yang melakukan akad dengan lafaz perkataan yang diucapkannya, maka yang diambil kira adalah maknanya selagimana maknanya itu dapat difahami.
CONTOH/ HURAIAN CONTOH
o     A berkata: “Aku beli dari engkau sehelai baju yang sifatnya sekian-sekian dengan harga RM 50”. Lalu penjual menjawab: “Aku jual kepada engkau”.
·         Imam Nawawi: Akad ini dikira sebagai jual beli (berdasarkan lafaz)
·         Imam al-Subki: Akad ini dikira sebagai “salam” (berdasarkan makna lafaz)
o     A berkata: “Aku hibahkan barang ini kepada engkau dengan harga RM100.
·         Akad ini dikira sebagai jual beli berdasarkan makna lafaz.
o     Seseorang yang menderma darah kepada seorang pesakit dengan menerima bayaran. Maka ia dikira sebagai jual beli bukannya derma.
o     Tidak sah akad nikah yang bertujuan untuk cina buta.