![]() |
| wajah ceria students saya |
PENGENALAN MU’AMALAT
Fitrah manusia yang tidak boleh hidup
bersendirian tanpa pertolongan org lain.
Pengertian Muamalat ialah perhubungan antara
manusia utk mendapatkan
keperluan masing masing dengan cara yg baik sesuai dgn tuntutan agama serta landasan Syarak.
Islam telah menjelaskan tentang
mua’malat dgn terperinci spt jual beli, sewaan, hutang, gadaian, upahan,
syarikat usahasama dan syarikat permodalan serta perkonsian untung dan rugi.
Fungsi
Dan Kepentingan
1. Supaya manusia hidup bekerjasama , tolong
menolong ,bertukar-tukar keperluan ,berhubung
dan berkenalan.
Al-hujurat:13
2. Membawa kpd perpaduan umat dan keamanan
masyarakat dan negara.
Al maidah :2
3. Melalui mu’amalat dpt menghindarkan
penindasan ,kezaliman dan penipuan, kerana keperluan manusia boleh dipenuhi dengan cara yang disyariatkan.
alBaqarah :188
4. Mewujudkan masyarakat yg berdikari , saling
berlumba2, tekun dan sabar dlm mencari rezeki halal
Al-Qasas: 77
5. Melahirkan umat yg bertgjwb, berlumba-lumba
dlm membelanjakan harta pd jln Allah spt zakat , hibah dan wasiat dll.
Al Baqarah : 148
Tajuk 1 semester 1
JUAL BELI
PENGERTIAN
Bahasa
– Menukar sesuatu dgn sesuatu yg lain
Syarak
– Menukar harta dgn harta mengikut cara-cara yg tertentu.
HUKUM
JUAL BELI
Harus – reda oleh
pembeli dan penjual.
Berubah mengikut
keadaan :
1. Wajib = ketika manusia sangat memerlukan –
barangan keperluan asasi keadaan
terdesak seperti kelaparan.
2. Sunat = ketika barang diperlukan spt penjual
menjual barang keperluan harian.
3. Makruh = jual beli ketika azan pertama pd hari
Jumaat.
4. Haram = i. setelah azan ke 2 Solat Jumaat
ii. jual beli benda2 najis dan haram pd Syarak
spt menjual arak dan bangkai
.
Dalil
Jual beli :
1.
Al Quran Al Baqarah : 275
2.
Al Quran Al Baqarah : 282
3.
Hadis من كم انما
البيع عن تراض
HIKMAT
DIHARUSKAN JUAL BELI
1. Tabiat manusia – tukar menukar faedah harta
sesama mereka menerusi jual beli, sewaan dan gadaian.
2. Menghindarkan rampasan, rompakan dan samun –
ketika manusia ingin memiliki benda yg tiada padanya.
3. Mengajar – hidup bersatu padu, harmoni dan
bersistem.
SYARAT-SYARAT
SAH JUAL BELI
Syarat-Syarat
Penjual Dan Pembeli
1. Mukallaf (berakal, baligh).
Imam
al-Syafi’I – tidak sah oleh org gila, bodoh dan
kanak2
Hanbali
– sah dilakukan oleh kanak2 – jika
barang sedikit spt beli gula2.
Hanafiyyah
– Tidak mensyaratkan baligh – sah
dilakukan oleh kanak2 mumayyiz – berumur 7 tahun.
2. Bukan org yg ditahan hartanya – kerana bankrap
atau bodoh.
3. Bukan dipaksa – Bebas drpd sebarang ikatan +
bebas bertindak atau memilih. Tidak sah dilakukan secara paksa, kecuali secara
hak – spt dipaksa utk bayar hutang. Biasanya dilakuakan oleeh pemerintah.
4. Merdeka. Tidak sah dilakukan oleh hamba.
5. Beragama Islam – (penjual senjata,
al-Qur’an, hadith dan kitab agama). Tidak sah menjual perkara2 di atas kpd org
kafir – meneyebababkan kehinaan. Juga tidak sah menjual perkara2 di atas kpd
org kafir – meneyebabkan kehinaan. Juga tidak sah menjual peralatan perang kpd
musuh Islam – kerana boleh membantu mereka menyerang org2 Islam.
Syarat-Syarat
Barang Jualan
1. (Bersih) – Tidak sah menjual najis spt
bangkai, anjing, babi dan sesuatu yg terkena najis yg tidak boleh disucikan spt
minyak yg terkena najis. Setengah ulamak mengatakan ia boleh disucikan dgn
menuangkan air dan dikacau sehingga air meratai seluruh minyak itu. Seterusnya
dikeluarkan air melalui bawh bekas minyak itu supaya tinggal minyak shj.
Riwayat al-Bukhari :
2. (Berfaedah) – Tidak sah menjual serangga yg
tidak berfaedah dan sesuatu yg tidak bernilai spt satu bikji gandum atau 2 biji
beras dll.
3. Kepunyaan penjual atau wakil – Sah menjual
barang yg pd zahir dimiliki oleh org lain, tetapi setelah dijual ternyata
miliknya sptseorg menjual harta warisnya – disangka warusnya masih hidup –
selepas dijual didapati warisnya telah mati.
4. Sanggup menyerahkannya kpd pembeli ketika akad
kecuali jual salam. Tidak sah jual beli barang yg hilang atau dicuri – dgn
syarat penjual tidak sanggup mengambilnya kembali dari pencuri, jika sanggup –
jualan itu sah.
Serah menyerah tdk
menjadi syarat jual beli – tetapi tidak selesai urusniaga tanpa menyerah brg yg
dijual kpd pembeli.
Selesai menyerah – dgn
izin penjual kpd pembeli utkmengambil brg yg dijual + dikira pembeli mengambil
brg itu. Berhasil penyerahan dgn :
4.1
Penyerahan
tanah = dgn izin penjual kpd pembeli bagi mengendalinya.
4.2
Penyerahan
kawasan yg berpagar = dgn masuk pembeli dlm kawasan itu.
Penyerahan rumah – dgn menyerah kunci kpd pembeli.
4.3
Binatang
ternakan jinak = dgn pembeli memegang kepala, telinga / talinya.
Bintang liar = dgn izin penjual kpd pembeli utk
mengambilnya dgn apa carapun.
4.4
Bahan2
sukatan = dgn disukat. Bahan2 timbangan = dgn ditimbang atas arahan
penjual + dimasukkan ked lm bekas – utk dikendalikan
oleh pembeli.
4.5
Penyerahan
berhasil = dgn penjual member brg kpd pembeli / diambil oleh
pembeli tanpa halangan dari penjual.
5. Penjual berhak menahan brg yg dijual drpd
diserahkan kpd pembeli sehingga pembeli menyerah harga brg itu sepenuhnya.
6. Jika
tempat penyerahan dipersetujui bukan tempat akad – brg itu hendaklah diserahkan
di tempat yg dipersetujui.
7. Perbelanjaan penyerahan brg – ditanggung oleh
penjual, mnkl perbelanjaan penyerahan harga ditanggung oleh pembeli.
8. Kemusnahan brg sebelum diambil oleh pembeli –
tidak ditanggung oleh pembeli.
9. Kemusnahan brg yg hendak dijual di tangan
pembeli semasa tawar menawar sebelum akad + harganya telah ditetapkan oleh
penjual – ditanggung oleh pembeli.
10.
Penjual
dan pembeli mesti tahu - jenis, kadar
dan sifat – Tidak sah menjual sesuatu yg tidak diketahui – kerana menyebabkan
penipuan.
Dari syarat ini – tidak
sah menjual :
i)
Jualan
barang yg ada tetapi tidak dilihat.
ii)
Jual
beli org buta.
11.
Melihat
barang jualan – Tidak sah beli barang yg tidak dpt dilihat spt membeli ubi yg
belum digali.
Syarat-Syarat
Harga
1. Bersih – Tidak sah haraga itu arak atau
anjing.
2. Berfaedah pd syarak.
3. Kepunyaan pembeli – Tidak sah dgn wang yg
bukan kepunyaan pembeli.
4. Pembeli mampu menyerahkannya kepada penjual.
5. Penjual dan pembeli – tahu jenis wang – sifat
dan kadar harga yg tidak diketahui.
Syarat-Syarat
Ijab Dan Qabul
Hanafiyyah – Ijab – Kerelaan perbuatan
yg berlaku pd permulaan – dari penjual atau pembeli. Qabul – yg berlaku pd yg
kedua.
Jumhur – Ijab – Ucapan(penjual) –
meskipun ditakkhirkan. Qabul – ucapan penerimaan pembeli – walaupun
didahulukan.
1. Tidak diselangi perkataan lain – yg tiada hubungan
dgn akad.
2. Tidak diselangi diam yg lama. Diam sekejap –
kerana pembeli terbatuk atau bernafas – tidak menjadi kesalahan.
3. Bersamaan dari segi makna walaupun berlainan
pd lafaz. Penjual – “Saya jual barang ini kepada awak dgn harga satu ringgit”.
Pembeli – “Saya terima barang ini dgn harga seratus sen”.
4. Tidak boleh dihadkan masa – spt kata penjual –
“Saya jual kereta ini kpd awak dgn harga RM 30,000.00 dlm masa 3thn”.
5. Tidak boleh dita’liq(dikaitkan) – Penjual –
“Saya jual kebun ini kpd awak dgn harga RM 50,000.00 sekiranya bapa saya
meninggal dunia”.
6. Majlis akad = Pertemuan antara penjual +
pembeli – utk menjlnkan jual beli ke atas brg tertentu.
Pertemuan – tidak
semestinya hadir di suatu tempat tertentu. Boleh berlaku akad melalui surat /
telex – bermula dgn penerimaan surat oleh pihak kedua + selesai membacanya.
Melalui telepon – majlis bermula dgn penerimaan panggilan oleh pihak kedua.
Berakhir majlis akad –
pertemuan penjual + mpembeli – dgn kedua2nya berpisah. Melalui surat / telex –
berakhir dgn beredarnya pihak kedua dari tempat bermulanya majlis. Melalui
telepon – berakhir dgn memutuskan hubungan telepon.
Keperluan
dihadkan majlis akad
1. Memberi masa kpd pihak kedua berfikir –
hendak menerima / tidak – setelah diijab oleh pihak pertama.
2. Memberi peluang kpd pihak pertama – utk
menarik balik ijabnya – sebelum diqabulkan oleh pihak kedua.
3. Membolehkan kedua2 pihak – membubarkan
akad – selagi mereka masih berada dlm akad.
JENIS-JENIS JUAL
BELI
1. Barang
– boleh dilihat oleh penjual dan
pembeli. Sangat dikehendaki kerana mengelakkan dari sebarang yg tidak diingini.
2. Barang
belum ada – tetapi ditentukan jenis,sifat dan
kadarnya. Dinamakan “jual salam”. Diharuskan – jika memenuhi segala syarat2 di
waktu akad.
3. Barang
tidak diperlihatkan ketika akad – tidak diharuskan.
4. Jual
faedah atau manfaah – upah mengupah / sewa
menyewa. Diharuskan. Boleh mengupah mana2 wanita atau ibu utk menyusukan
anakanya. Pertukaran faedah = ibu menyusukan anak dan usahanya dibayar upah –
hasil faedah = ibu menyusukan anak dan usahanay dibayar upah – hasil faedah
penyusuan itu. Harus – walaupun bayaran belum dijelaskan waktu akad.
5. Jualan
al-Sarf
= Tukaran Matawang
KHIYAR
PENGERTIAN
Memilih antara 2 perkara – sama ada
ingin meneruskan jual beli atau ditarik balik (tidak jadi berjual beli).
DALIL-DALIL
BAGI YANG MENGHARUSKAN KHIYAR
HIKMAT
DIHARUSKAN KHIYAR
1) Supaya penjual dan pembeli dapat
memikirkan kepentingan masing2.
2) Mengelakkan berlaku penyesalan
dikemudian hari akibat tertipu.
3) Memuaskan hati masing2 selepas dilakukan
khiyar.
JENIS-JENIS
KHIYAR
1)
KHIYAR MAJLIS
Penjual & pembeli
boleh memilih sama ada meneruskan jual beli atau membatalkannya selagi
kedua-dua belah pihak masih berada dalam majlis akad jual beli itu. Nabi
bersabda :
Maksud ‘berpisah dari
tempat akad’ ialah:
i)
Mengikut
adat kebiasaan. Sekiranya adat kebiasaan mengatakan penjual dan pembeli itu
dianggap sudah berpisah – maka tidak boleh khiyar.
ii)
Jika
kedai kecil – dianggap selesai khiyar apabila keluar dari kedai.
iii)
Jika
kedai besar/tempat lapang (padang) – tidak boleh khiyar selepas beredar dari
situ.
Boleh
khiyar pada jual beli seperti tukaran wang, makanan dengan makanan, jual salam
dsb.
Tidak
boleh khiyar pada perkahwinan & hibah kerana tidak dinamakan jual beli. As-syafi’iah & Hanabilah : HARUS.Malikiyyah & Hanafiyah : BATAL.
2)
KHIYAR SYARAT
Penjual & pembeli
atau salah seorang membuat syarat pada waktu akad seperti berkata pembeli “Saya
beli barang ini dengan harga RM 50.00 dengan syarat khiyar dalam tempoh 3
hari.”
Disyariatkan kerana
suatu keperluan untuk mengelakkan dari berlaku kerugian.
DALIL DISYARIATKAN
KHIYAR SYARAT
Riwayat Ibn ‘Umar:
Difahami dari hadis:
i)
Semua
jenis jualan boleh dilakukan khiyar kecuali jual beli barang2 yang mesti
berterimaan di majlis akad seperti barang2 ribawi.
ii)
Tempoh
khiyar tidak lebih 3 hari. Sekiranya penjual & pembeli melewatkan khiyar
lebih dari tempoh itu, maka jual beli tersebut tidak boleh dimansukhkan.
Perkara
yang boleh dikhiyarkan sebagai khiyar syarat ialah akad yang lazim yang boleh
menerima fasakh dengan sebeb kerelaan pembeli & penjual seperti jual beli,
sewaan, pawah, syarikat, mudharabah, hiwalah & gadaian.
Sementara
akad yang tidak lazim seperti wakalah, pinjaman, simpanan, hibah & wasiat –
tidak perlu syarat khiyar.
Manakala
akad yang lazim yang tidak menerima fasakh seperti nikah, khulu’ & talak –
tidak sah disyaratkan khiyar.
TEMPOH
MASA KHIYAR
1)
Abu Hanifah, Zufar, as-Syafi’i:
Tidak lebih 3 hari. Sekiranya lebih, akad itu menjadi fasid (disisi Abu Hanifah & Zufar) & batal (disisi as-Syafi’i).
2) As-Sahiban(Muhammad
b. al-Hassan , Abu Yusuf) al-Hanabilah:
Mengikut persetujuan penjual & pembeli – walaupun lebih dari 3 hari – kerana
khiyar disyariatkan untuk berfikir & berbincang. Mungkin masa 3 hari itu
tidak mencukupi bagi tujuan tersebut.
3) Al-Malikiyah:
Mengikut keperluan & keperluan berbeza ikut keadaan. Pada buah-buahan –
tidak harus khiyar lebih 3 hari, pakaian & haiwan selama 3 hari, tanah yang
jauh selama lebih 3 hari & rumah dan seumpama dengannya selama 1 bulan.
HUKUM2 TENTANG KHIYAR SYARAT
1) Dalam tempoh khiyar, barang2 jualan
adalah milik orang yang mensyaratkan khiyar sama ada pembeli atau penjual. Jika
kedua-duanya mensyaratkan khiyar, maka barang itu tidak menjadi milik sesiapa
(tergantung), sehingga diteruskan jual beli (jadi milik pembeli), sekiranya
pembeli tidak mahu membeli, maka barang itu menjadi milik penjual semula.
2) Meneruskan jual beli atau tidak –
Hendaklah dengan lafaz yang jelas – Menunjukkan jadi atau tidak. Seperti kata
pembeli “Saya meneruskan pembeliannya” atau penjaul berkata “Saya fasakhkan
jualan ini.”
3) Menggunakan barang jualan semasa tempoh
khiyar seperti dijual, disewa & dihibahkan. Jika dilakukan penjual :
membatalkan jualan. Jika dilakukan pembeli : pembelian diteruskan.
4) Apabila habis tempoh khiyar tanpa
difasakhkan oleh mana2 pihak : jual beli itu berkuatkuasa.
5) Tidak boleh diwarisi. Waris si mati
hanya menerima sebarang keputusan daripada pihak yg satu lagi – diteruskan /
difasakhkan.
6) Barang masih menjadi milik penjual
semasa tempoh khiyar sehingga penjual memilih jual beli itu diteruskan.
3)
KHIYAR ‘AIB
ð Barang yang dibeli itu cacat / rosak.
Pembeli berhak mengembalikan barang itu/ minta dikurangkan harga. Biasanya
barang seperti itu adalah baik & pada waktu akad, kecacatan itu telah ada
tetapi pembeli tidak tahu/ kecacatan itu berlaku selepas akad tetapi belum
diterima pembeli.
Dalil-dalil :
KECACATAN YANG MEWAJIBKAN KHIYAR
Al-Hanafiyah
& Hanabilah : Barang2 yang tidak dalam bentuk
asal kejadiannya & menyebabkan kurang harganya pada ‘uruf peniaga sama ada
kekurangan itu banyak / sedikit seperti kedua-dua/sebelah mata.
As-Syafi’iyah
: Setiap perkara yang mengurangkan harga/luput tujuan sebenar seperti liarnya
haiwan,terpotong telinga kambing untuk dijadikan korban & kecilnya kasut
yang dibeli.
SYARAT2 TSABIT KHIYAR ‘AIB
1) Terdapat kecacatan sebelum/selepas akad
tetapi sebelum diterima. Sekiranya berlaku kecacatan selepas diterima, tidak
boleh khiyar lagi.
2) Pembeli tidak mengetahui tentang
kecacatan pada waktu akad & menerima. Sekiranya dia tahu kecacatan ketika
akad/penerimaan, maka tidak boleh khiyar lagi kerana telah rela dengan
kecacatan itu.
3) Penjual tidak mensyaratkan terlepas dari
‘aib di tempat akad. Jika disyaratkandemikian, pembeli tidak boleh khiyar lagi.
4) Kecacatan itu tidak hilang sebelum
fasakh.
HUKUM2 BERKAITAN KHIYAR ‘AIB
1) Kecacatan yang terjadi sesudah akad
tetapi barang belum diterima pembeli : masih dalam tanggungjawab penjual.
2) Sekiranya barang itu berada dalam tangan
pembeli, boleh dikembalikan/ minta wang kembali.
3) Mengembalikan barang yang cacat
hendaklah segera. Kelambatan bermakna pembeli suka barang itu. Segera-menurut
adat kebiasaan. Jika telah azan, maka boleh solat dahulu. Jika lewat malam,
boleh kembalikan esok hari.
HALANGAN2
MENGHANTAR KEMBALI BARANG2 CACAT & GUGURNYA KHIYAR.
1) Reda dengan kecacatan selepas
diketahuinya secara jelas. Seperti berkata “Saya reda dengan kecacatan itu.”
Atau secara dilalah seperti dia menjualkannya/ menggadaikannya.
2) Menggugurkan khiyar secara jelas seperti
berkata “Saya gugurkan khiyar itu.” Atau secara dilalah dia melepaskannya dari
‘aib itu.
3) Berlaku kecacatan baru di tangan pembeli
seperti dikisarnya gandum & tepung gandum dijadikan roti.
4) Barang yang ‘aib itu bertambah di tangan
pembeli dengan pertambahan yang berhubung yang bukan terjadi dari yang asal
seperti mendirikan bangunan, menyiram tanaman & menyelup kain / pertambahan
yang berasingan yang terjadi dari yang asal. Manakala pertambahan yang
berhubung yang terjadi dari yang asal seperti gemuk/tua & pertambahan yang
berasingan bukan terjadi dari yang asal seperti usahanya, boleh dihantar balik
bersama barang yang cacat itu.






No comments:
Post a Comment