Welcome

"

Friday, 17 August 2018

Soalan & skema ujian diagnostik ting6 sem1





Tuesday, 7 August 2018

Monday, 6 August 2018

Munakahat: Pemilihan jodoh




PEMILIHAN JODOH

1 (a)   Jelaskan ciri-ciri utama pada wanita untuk dijadikan pasangan hidup   [10]
   (b)   Huraikan syarat-syarat pada perempuan yang hendak dipinang   [10]
SKEMA PEMARKAHAN
(a)   Ciri-ciri utama pada wanita untuk dijadikan pasangan hidup
1.       Gadis
2.       Kuat beragama
3.       Keturunan banyak anak
4.       Berketurunan baik
5.       Bukan keluarga terdekat
Perempuan ajnabiyyah / saudara mara yang jauh kerana mengahwini keluarga terdekat melahirkan anak yang kurus / bodoh / dan isteri perempuan ajnabiyyah dan bukan qarabah terdekat, anaknya menjadi cerdik
(b)   Syarat-syarat pada perempuan yang hendak dipinang
1.       Bukan isteri orang
Haram untuk sementara waktu bagi dipinang sebagai bakal isteri kerana boleh menyebabkan perbalahan dan kerosakan serta kemudaratan kepada anak dan masyarakat.

2.       Bukan mahram
Perempuan mahram adalah perempuan yang haram dikahwini selama-lamanya seperti saudara perempuan dan emak saudara

3.       Bukan masih dalam ‘iddah
Haram meminang perempuan yang masih di dalam ‘iddah, secara sarih atau membuat janji kerana membawa kepada pendustaan selesainya iddah atau kerana melanggar hak bekas suami

4.       Bukan tunang orang
Haram meminang perempuan yang telah dipinang orang apabila telah dipersetujui dan diterima pinangannya.






Trowback- Amanat terakhir sebelum menduduki Peperiksaan Syariah Sem 3 2017



Sekarang tunggu hari untuk mendaftar di IPTA.



Tajuk 1. Pengenalan Usul Fiqh


1 Pengenalan usul fiqh
1.1 Pengertian usul fiqh dan perbezaannya dengan ilmu fiqh
1.2 Pertumbuhan, perkembangan, dan penyusunan
1.3 Faedah dan skop perbincangan

Contoh soalan dan cadangan skema

1.      a)  Huraikan takrif ilmu usul  Fiqh   dan  bincangkan peranan ilmu usul  Fiqh dalm  
     perundangan islam.                                                                          (10m)
    
    Takrif ilmu usul fiqh : ilmu yang membahaskan kaedah-kaedah yang digunakan oleh mujtahid untuk mengeluarkan hukum syarak berkaitan perbuatan mukalaf daripada dalil-dali tafsili.  (2m)

Peranan ilmu usul Fiqh:

1.      Mengetahui cara ulamak dan mujtahid mengeluarkan hukum dengan menggunakan ilmu usul fiqh dalam menetapkan hukum sesuatu masalah.

2.      Mengetahui kaedah ulamak menetapkan sesuatu hokum serta kaedah istonbat berdasarkan dalil syarak.

3.      Melalui ilmu usul fiqh memudahkan ulama usul fiqh memberi fatwa kerana ada landasan dan panduan.

4.      Mengetahaui faktor dan punca perselisihan ulama  mengenai sesuatu hukum baharu yang tiada nas Al-Quran dan al Sunnah.

2m X 4 isi & huraian  = 8m

b) Bincangkan faktor-faktor  yang membawa kepada penyusunan ilmu Usul Fiqh.
                                                                                                                     (10m)
           
  Faktor-faktor ilmu Usul Fiqh

1.      Negara Islam semakin luas. Oleh itu umat Islam bertambah ramai terdiri dari  
pelbagai bangsa.

2.   Munculnya perdebatan sengit antara ulama khususnya madrasah ahli hadis di Hijaz dan ahli al-ra’yi di Iraq.

3.    Kemampuan bahasa arab dlm klgn umat Islam semakin lemah ekoran interaksi mereka dengan bangsa lain.

4.      Banyak  masalah baru  muncul.Keperluan ijtihad mendesak .

Kesimpulan : perlu ada satu kaedah atau cara yang khusus untuk memahami ilmu Usul Fiqh.

Faktor 4isi + huraian 2m= 8m
Kesimpulan = 2m

Sunday, 5 August 2018

contoh soalan muamalat Semester 1

1



Soalan STPM Sem 1 2016





Jadual Ujian Diagnostik Ogos 2018

Bittaufiq wa al najah

Penyejuk Hati




💓 Menanda Latihan pelajar yang cantik dan kemas memang menyejukkan hati. Hilang sekejap duka lara. Terima kasih Ain dan Nabilah dari 6S101 dan Farisah ting 6S103. Sayang kamu sangat.💝




Tahniah Ain, Nabilah dan Farisah

Pelajar STPM batch 2016/17


PERSOALAN SEMASA

1.   Jual beli Fudhuli

Bahasa : Mereka yg melakukan pekerjaan yg tidak dikehendaki (bukan tugasnya).

Istilah : Mereka yg menguruskan urusan org lain tanpa diberi kuasa / mereka menguruskan hak org lain tanpa izin syar’i. Contoh : Seseorg menjual atau membeli barang kepunyaan org lain tanpa diserahkan pengurusannya atau tanpa upah / seseorg menyewa utk org lain tanpa ditugaskan atau wakil darinya
.
Pendapat ulamak :
(a) Al-Ahnaf  dan  Al-Malikiyyah : Sah – sekiranya dipersetujui atau diluluskan dan batal sekiranya tidak dipersetujui.

Alasan :
1. Riwayat al –Bukhari : Rasulullah S.A.W. member satu dinar kpr ‘Urwah al-Bariqi membeli seekor kambing. Dia membeli 2 ekor – seekor dijualkan dgn harga satu dinar dan seekor lagi diserahkan kpd Nabi S.A.W. bersama duit satu dinar itu. Lalu Nabi S.A.W. berdoa.

2. Penjual dan pembeli – sempurna keahlian – Perlaksanaan akadnya lebih utama dari menghampakannya. Akad itu – member kebaikan kpd tuan empunya kerana ia berhak utk tidak meluluskan jika tidak berfaedah.

(b) Al-Syafi’iyyah dan Al-Hanabilah + Al-Zahiriyyah : Batal – walau dipersetujui oleh tuan empunya kerana – persetujuan member kesan kpd akad sedangkan akad tidak ada sejak permulaan, maka persetujuan tidak ada.
Alasan :
1. Urusan fudhuli – berlaku pd perkara yg tidak dimiliki – dilarang pd Syarak.
2. Org yg melakukan akad pd perkiraan Syarak hendaklah sempurna kekuasaannya dan keahliannya. Kesempurnaan kekuasaan tidak ada kecuali dgn memiliki atau dgn keizinan pemiliknya, sedangkan fudhuli bukan begitu.

2.   Jual Beli Mu’atah (Unjuk Berunjuk)
Maksud : Secara unjuk berunjuk tanpa ijab + qabul. Spt – membeli satu kilo gula dgn membayar harganya tanpa melafazkan ijab + qabul atau tanpa mengisyaratkannya.
(a) Jumhur (al-Ahnaf + al-Malikiyyah + Al-Hanabilah) –Sah – bila menjadi adat yg menunjukkan redha meredhai + org ramai sentiasa melakukannya di kedai2 + tiada org yang mengingkari – menjadi ijmak.
(b) Al-Syafi’iyyah – Disyaratkan pd akad lafaz sarih ijab + qabul atau kinayah. Justeru sah sama ada barang berharga mahal atau murah. Keredhaan – tersembunyi, diketahui dgn apa yg dilafazkan.
Pendapat yg terpilih dari al-Syafi’iyyah (al-Nawawi + al-Baghawi + al-Mutawalli) – Sah – kerana kembali kpd ‘uruf (kebiasaan).
Ibn Surayj + al-Rawiyyani – Harus – pd barang2 murah shj spt satu kilo gula, beras, bawang dsb.

3.   Jualan Urban (Cengkeram)
Pd. Bahasa = cengkeram. Syarak = Membeli barang dgn membayar cengkeram dahulu – sekiranya pembeli bersetuju dgn barang itu ia menjelaskan bakinya dan jika tidak bersetuju, dihebahkan cengkeram itu kpd penjual.
Jumhur – Tidak sah. Ada unsure penipuan + memakan harta tanpa bayaran + mengandungi 2 syarat yg fasid iaitu syarat hibah + tolak – jika tidak reda.
Ibn Hanbal – Sah. Satu cara asas perniagaan masa kini utk – mengikat pengurusan perdagang + menjamin perjanjian yg boleh mengelakkan kerugian dan penipuan + menunggu terlampau lama dgn member sedikit bayaran.



Khairul Kamarudin, CEO baru Bank Islam
BAY’  AL-‘INAH
TAKRIF
1.   Menjual sesuatu brg – dgn harga tangguh – kemudian membelinya balik drpd pembeli – secara tunai – dgn harga yg kurang drpd harga jualan.
2.   Terdapat 2 akad / transaksi jual beli – tiap2 satu cukup rukun2 + syarat2 jual beli.
3.   Pd akhir transaksi kedua – pembeli mendpt wang hasil drpd jualan brg yg telah beli sebelum itu. Al – ‘Inah bermaksud wang.
4.   Con : Hasan menjual suatu brg kpd Ali dgn harga RM5,500.00 secara tangguh. Selepas Ali menerima brg itu – ia menjualnya balik kpd Hasan dgn harga RM5,000.00 SECARA TUNAI. Akhirnya Ali mendpt wang tunai sebanyak RM5,000.00 + ia berhutang dgn Hasan sebanyak RM5,5000.00 – dibayar secara tangguh mengikut persetujuan.
RUKUN
Kedua2 akad hendaklah cukup rukun2 jual beli :
1.   Penjual
2.   Pembeli
3.   Brg yg dijual beli
4.   Harga
5.   Sighah
HUKUM
1.   Mazhab Syafi’I + Zahiri + Abu Yusuf dan Imam Muhammad ( Hanafi) – harus – krn kedua2 akad di dlmnya – cukup rukun2 + syarat2nya.
2.   Bahan2 ribawi yg berasaskan matawang – tidak boleh dijual beli secara Bay’ al-‘Inah – krn dlm transaksi pertama – wang bayaran bagi brg itu yg juga berasaskan matawang ditangguh. Penangguhan ini menjadi riba nasi’ah = pertukaran antara dua bahan ribawi yg sama jenis / sama asas – satu drpdnya diserah secara tangguh pd masa lain.
3.   Bahan2 ribawi dibahagikan mengikut 2 asas – asas matawang + asas makanan.
4.   Bhan2 ribawi drpd asas matawang :
4.1 Emas dlm semua bentuk – ketul, brg2 kemas / syiling.
4.2 Perak dlm semua bentuk – ketul brg2 kemas / syiling.
4.3 Wang kertas + lain2 jenis wang – selain emas + perak. Tiap2 jenis matawang dikira sebagai satu jenis yg berlainan – mengikut Negara yg mengeluarkannya.
5.   Bahan2 ribawi drpd asas makanan – ialah semua jenis makanan spt bijirin,        daging sayuran, buahan + garam.

6.   Pembeli hendaklah menerima + memgang brg yg dibelinya sebelum ia menjualkannya balik kpd penjual.






Image result for gambar kambing kartun





JUAL BELI YG TIDAK SAH DAN DIHARAMKAN
1.   Menjual Air Benih Binatang Ternakan
Tidak sah dan diharamkan kerana – tidak diketahui kadarnya, dianggap tidak bernilai dan tidak dpt diserahkan. Dilarang oleh Rasulullah S.A.W.. Disunatkan pemilik binatang jantan – meminjamkan kpd org lain utk pembiakan.

2.   Menjual Anak Binatang Dalam Kandungan Ibunya
Menjual salah satu drpdnya – juga diharamkan. Jika menjual ibu bunting – dgn sendiri termasuk anaknya. Berlaku di kalangan Arab jahiliyah – binatang yg berbaka baik.

3.   Menjual Buahan Yg Masih Di Atas Pokok
Kecuali setelah nyata tuanya (eloknya) kerana – buah muda sering gugur dan busuk.

4.   Jualan daging dgn Binatang
Daging, limpa dan hati dgn binatang – dari satu jenis atau berlainan spt menjual daging lembu dgn kambing. Tetapi harus dan sah -  dgn kulit binatang yg telah disamak.

5.   Jualan Bersyarat
Pejual berkata : “Saya jual kereta ini kpd awak dgn harga RM35,000.00 dgn syarat awak jualkan kereta awk kpd saya dgn harga RM25,000.00”.

6.   Jualan Barang Majhul
Menjual sesuatu yg tidak boleh dilihat dan tidak boleh diterima – spt ikan di laut dan burung di udara – kerana menyalahi syarat2 jual beli.

7.   Jualan Dgn Syarat Hutang
Penjual berkata : “Saya jual kompuetr ini kpd awak dgn harga RM1,000.00 dgn syarat awak beri hutang kpd saya RM300.00”

8.   Menjual Sesuatau Yg Dibeli Tetapi Belum Diterima.
Kerana belum menjadi milik sempurna.


JUALAN YG DIHARAMKAN TETAPI SAH

1.   Membeli Barang Dgn Harga Lebih Mahal
Lebih mahal dari harga biasa. Bertujuan – org lain tidak dpt membeli. Haram kerana – menyakiti org lain. Al-Malikiyyah + Al-Hanabilah : Sah dan boleh khiyar bagi pembeli jika berlaku kerigian besar. Al-Hanafiyyah + Al-Syafi’iyyah : Sah dan berdosa.

2.   Membeli Barang Yg Telah Dibeli Org Lain
Masih dlm masa khiyar.

3.   Menyekat Pedagang2 Dari Desa Di Pertengahan Jalan
Pembeli menyekat – sebelum mereka sampai ke Bandar dan mereka tidak tahu harga di pasar. Mereka membeli dgn harga murah – menyebabkan kerugian kpd pedagang2 dari desa. Al-Hanafiyyah : Sah. Al-Syafi’iyyah dan Al-Hanabilah : Boleh khiyar pd pedagang dan tidak boleh pd penduduk Bandar. Al-Malikiyyah : Fasid.

4.   Membeli Barang2 Keperluan Utk Disorok
Sedangkan masyarakat memerlukannya. Bertujuan – utk dijual dgn harga yg lebih mahal + keuntungan berlipat ganda.

5.   Menjual Barang Utk Keperluan Maksiat
Spt seseorg menjual nira kpd pengusaha todi. Haram kerana membantu mereka membuat perkara haram – kerana todi adalah minuman memabukkan.

6.   Jualan Secara Tipu Dan Kecoh
Penjual meletakkan barang baik di atas dan sebaliknya.

7.   Jual Beli Utk Mengatasi Tawaran Org Lain
Seorg pembeli telah bersetuju membeli, tiba2 dtg org lain hendak membeli barang itu dgn harga lebih mahal. Haram – kerana menyakiti org lain. Ulamak sepakat – haram. Hukum : Al-Hanafiyyah + Al-Syafi’iyyah : Sah tetapi berdosa. Al-Hanabilah + Al-Malikiyyah : Fasid.