Welcome

"

Monday, 6 August 2018

Munakahat: Pemilihan jodoh




PEMILIHAN JODOH

1 (a)   Jelaskan ciri-ciri utama pada wanita untuk dijadikan pasangan hidup   [10]
   (b)   Huraikan syarat-syarat pada perempuan yang hendak dipinang   [10]
SKEMA PEMARKAHAN
(a)   Ciri-ciri utama pada wanita untuk dijadikan pasangan hidup
1.       Gadis
2.       Kuat beragama
3.       Keturunan banyak anak
4.       Berketurunan baik
5.       Bukan keluarga terdekat
Perempuan ajnabiyyah / saudara mara yang jauh kerana mengahwini keluarga terdekat melahirkan anak yang kurus / bodoh / dan isteri perempuan ajnabiyyah dan bukan qarabah terdekat, anaknya menjadi cerdik
(b)   Syarat-syarat pada perempuan yang hendak dipinang
1.       Bukan isteri orang
Haram untuk sementara waktu bagi dipinang sebagai bakal isteri kerana boleh menyebabkan perbalahan dan kerosakan serta kemudaratan kepada anak dan masyarakat.

2.       Bukan mahram
Perempuan mahram adalah perempuan yang haram dikahwini selama-lamanya seperti saudara perempuan dan emak saudara

3.       Bukan masih dalam ‘iddah
Haram meminang perempuan yang masih di dalam ‘iddah, secara sarih atau membuat janji kerana membawa kepada pendustaan selesainya iddah atau kerana melanggar hak bekas suami

4.       Bukan tunang orang
Haram meminang perempuan yang telah dipinang orang apabila telah dipersetujui dan diterima pinangannya.






No comments:

Post a Comment