Welcome

"

Sunday, 5 August 2018



Khairul Kamarudin, CEO baru Bank Islam
BAY’  AL-‘INAH
TAKRIF
1.   Menjual sesuatu brg – dgn harga tangguh – kemudian membelinya balik drpd pembeli – secara tunai – dgn harga yg kurang drpd harga jualan.
2.   Terdapat 2 akad / transaksi jual beli – tiap2 satu cukup rukun2 + syarat2 jual beli.
3.   Pd akhir transaksi kedua – pembeli mendpt wang hasil drpd jualan brg yg telah beli sebelum itu. Al – ‘Inah bermaksud wang.
4.   Con : Hasan menjual suatu brg kpd Ali dgn harga RM5,500.00 secara tangguh. Selepas Ali menerima brg itu – ia menjualnya balik kpd Hasan dgn harga RM5,000.00 SECARA TUNAI. Akhirnya Ali mendpt wang tunai sebanyak RM5,000.00 + ia berhutang dgn Hasan sebanyak RM5,5000.00 – dibayar secara tangguh mengikut persetujuan.
RUKUN
Kedua2 akad hendaklah cukup rukun2 jual beli :
1.   Penjual
2.   Pembeli
3.   Brg yg dijual beli
4.   Harga
5.   Sighah
HUKUM
1.   Mazhab Syafi’I + Zahiri + Abu Yusuf dan Imam Muhammad ( Hanafi) – harus – krn kedua2 akad di dlmnya – cukup rukun2 + syarat2nya.
2.   Bahan2 ribawi yg berasaskan matawang – tidak boleh dijual beli secara Bay’ al-‘Inah – krn dlm transaksi pertama – wang bayaran bagi brg itu yg juga berasaskan matawang ditangguh. Penangguhan ini menjadi riba nasi’ah = pertukaran antara dua bahan ribawi yg sama jenis / sama asas – satu drpdnya diserah secara tangguh pd masa lain.
3.   Bahan2 ribawi dibahagikan mengikut 2 asas – asas matawang + asas makanan.
4.   Bhan2 ribawi drpd asas matawang :
4.1 Emas dlm semua bentuk – ketul, brg2 kemas / syiling.
4.2 Perak dlm semua bentuk – ketul brg2 kemas / syiling.
4.3 Wang kertas + lain2 jenis wang – selain emas + perak. Tiap2 jenis matawang dikira sebagai satu jenis yg berlainan – mengikut Negara yg mengeluarkannya.
5.   Bahan2 ribawi drpd asas makanan – ialah semua jenis makanan spt bijirin,        daging sayuran, buahan + garam.

6.   Pembeli hendaklah menerima + memgang brg yg dibelinya sebelum ia menjualkannya balik kpd penjual.




No comments:

Post a Comment