Welcome

"

Monday, 6 August 2018

Tajuk 1. Pengenalan Usul Fiqh


1 Pengenalan usul fiqh
1.1 Pengertian usul fiqh dan perbezaannya dengan ilmu fiqh
1.2 Pertumbuhan, perkembangan, dan penyusunan
1.3 Faedah dan skop perbincangan

Contoh soalan dan cadangan skema

1.      a)  Huraikan takrif ilmu usul  Fiqh   dan  bincangkan peranan ilmu usul  Fiqh dalm  
     perundangan islam.                                                                          (10m)
    
    Takrif ilmu usul fiqh : ilmu yang membahaskan kaedah-kaedah yang digunakan oleh mujtahid untuk mengeluarkan hukum syarak berkaitan perbuatan mukalaf daripada dalil-dali tafsili.  (2m)

Peranan ilmu usul Fiqh:

1.      Mengetahui cara ulamak dan mujtahid mengeluarkan hukum dengan menggunakan ilmu usul fiqh dalam menetapkan hukum sesuatu masalah.

2.      Mengetahui kaedah ulamak menetapkan sesuatu hokum serta kaedah istonbat berdasarkan dalil syarak.

3.      Melalui ilmu usul fiqh memudahkan ulama usul fiqh memberi fatwa kerana ada landasan dan panduan.

4.      Mengetahaui faktor dan punca perselisihan ulama  mengenai sesuatu hukum baharu yang tiada nas Al-Quran dan al Sunnah.

2m X 4 isi & huraian  = 8m

b) Bincangkan faktor-faktor  yang membawa kepada penyusunan ilmu Usul Fiqh.
                                                                                                                     (10m)
           
  Faktor-faktor ilmu Usul Fiqh

1.      Negara Islam semakin luas. Oleh itu umat Islam bertambah ramai terdiri dari  
pelbagai bangsa.

2.   Munculnya perdebatan sengit antara ulama khususnya madrasah ahli hadis di Hijaz dan ahli al-ra’yi di Iraq.

3.    Kemampuan bahasa arab dlm klgn umat Islam semakin lemah ekoran interaksi mereka dengan bangsa lain.

4.      Banyak  masalah baru  muncul.Keperluan ijtihad mendesak .

Kesimpulan : perlu ada satu kaedah atau cara yang khusus untuk memahami ilmu Usul Fiqh.

Faktor 4isi + huraian 2m= 8m
Kesimpulan = 2m

No comments:

Post a Comment