Welcome

"

Sunday, 5 August 2018


PERSOALAN SEMASA

1.   Jual beli Fudhuli

Bahasa : Mereka yg melakukan pekerjaan yg tidak dikehendaki (bukan tugasnya).

Istilah : Mereka yg menguruskan urusan org lain tanpa diberi kuasa / mereka menguruskan hak org lain tanpa izin syar’i. Contoh : Seseorg menjual atau membeli barang kepunyaan org lain tanpa diserahkan pengurusannya atau tanpa upah / seseorg menyewa utk org lain tanpa ditugaskan atau wakil darinya
.
Pendapat ulamak :
(a) Al-Ahnaf  dan  Al-Malikiyyah : Sah – sekiranya dipersetujui atau diluluskan dan batal sekiranya tidak dipersetujui.

Alasan :
1. Riwayat al –Bukhari : Rasulullah S.A.W. member satu dinar kpr ‘Urwah al-Bariqi membeli seekor kambing. Dia membeli 2 ekor – seekor dijualkan dgn harga satu dinar dan seekor lagi diserahkan kpd Nabi S.A.W. bersama duit satu dinar itu. Lalu Nabi S.A.W. berdoa.

2. Penjual dan pembeli – sempurna keahlian – Perlaksanaan akadnya lebih utama dari menghampakannya. Akad itu – member kebaikan kpd tuan empunya kerana ia berhak utk tidak meluluskan jika tidak berfaedah.

(b) Al-Syafi’iyyah dan Al-Hanabilah + Al-Zahiriyyah : Batal – walau dipersetujui oleh tuan empunya kerana – persetujuan member kesan kpd akad sedangkan akad tidak ada sejak permulaan, maka persetujuan tidak ada.
Alasan :
1. Urusan fudhuli – berlaku pd perkara yg tidak dimiliki – dilarang pd Syarak.
2. Org yg melakukan akad pd perkiraan Syarak hendaklah sempurna kekuasaannya dan keahliannya. Kesempurnaan kekuasaan tidak ada kecuali dgn memiliki atau dgn keizinan pemiliknya, sedangkan fudhuli bukan begitu.

2.   Jual Beli Mu’atah (Unjuk Berunjuk)
Maksud : Secara unjuk berunjuk tanpa ijab + qabul. Spt – membeli satu kilo gula dgn membayar harganya tanpa melafazkan ijab + qabul atau tanpa mengisyaratkannya.
(a) Jumhur (al-Ahnaf + al-Malikiyyah + Al-Hanabilah) –Sah – bila menjadi adat yg menunjukkan redha meredhai + org ramai sentiasa melakukannya di kedai2 + tiada org yang mengingkari – menjadi ijmak.
(b) Al-Syafi’iyyah – Disyaratkan pd akad lafaz sarih ijab + qabul atau kinayah. Justeru sah sama ada barang berharga mahal atau murah. Keredhaan – tersembunyi, diketahui dgn apa yg dilafazkan.
Pendapat yg terpilih dari al-Syafi’iyyah (al-Nawawi + al-Baghawi + al-Mutawalli) – Sah – kerana kembali kpd ‘uruf (kebiasaan).
Ibn Surayj + al-Rawiyyani – Harus – pd barang2 murah shj spt satu kilo gula, beras, bawang dsb.

3.   Jualan Urban (Cengkeram)
Pd. Bahasa = cengkeram. Syarak = Membeli barang dgn membayar cengkeram dahulu – sekiranya pembeli bersetuju dgn barang itu ia menjelaskan bakinya dan jika tidak bersetuju, dihebahkan cengkeram itu kpd penjual.
Jumhur – Tidak sah. Ada unsure penipuan + memakan harta tanpa bayaran + mengandungi 2 syarat yg fasid iaitu syarat hibah + tolak – jika tidak reda.
Ibn Hanbal – Sah. Satu cara asas perniagaan masa kini utk – mengikat pengurusan perdagang + menjamin perjanjian yg boleh mengelakkan kerugian dan penipuan + menunggu terlampau lama dgn member sedikit bayaran.

No comments:

Post a Comment