Welcome

"

Monday, 26 November 2018

STPM P1 2019

Tarikh Exam : 26 nov 2018

Maaf tak dapat tunggu dan hadap calon-calon P1 dan UP1.
Mesti stress lps P.Am tak sampai satu jam dah masuk bilik exam untuk paper Syariah.
Moga Allah memberikan kejayaan walaupun soalannya ..aduhai boleh tahan.

Mungkin ada antara calon yang terpikir..erm takyah baca pun takpa..itu suara hati yang kecewa.. Ingatlah membaca adalah perintah Allah, selepas membaca barulah boleh memahami, mentafsir, mena'kul dan mengaplikasi.

Syariah adalah kehidupan kita. Memahami setiap langkah dalam kehidupan ada perbahasan ulama' di dalamnya. Itu yang menjadikan subjek syariah sangat menarik dan hidup.

Moga Allah memberikan kejayaan kepada anda semua.


Friday, 17 August 2018

Soalan & skema ujian diagnostik ting6 sem1





Monday, 6 August 2018

Munakahat: Pemilihan jodoh




PEMILIHAN JODOH

1 (a)   Jelaskan ciri-ciri utama pada wanita untuk dijadikan pasangan hidup   [10]
   (b)   Huraikan syarat-syarat pada perempuan yang hendak dipinang   [10]
SKEMA PEMARKAHAN
(a)   Ciri-ciri utama pada wanita untuk dijadikan pasangan hidup
1.       Gadis
2.       Kuat beragama
3.       Keturunan banyak anak
4.       Berketurunan baik
5.       Bukan keluarga terdekat
Perempuan ajnabiyyah / saudara mara yang jauh kerana mengahwini keluarga terdekat melahirkan anak yang kurus / bodoh / dan isteri perempuan ajnabiyyah dan bukan qarabah terdekat, anaknya menjadi cerdik
(b)   Syarat-syarat pada perempuan yang hendak dipinang
1.       Bukan isteri orang
Haram untuk sementara waktu bagi dipinang sebagai bakal isteri kerana boleh menyebabkan perbalahan dan kerosakan serta kemudaratan kepada anak dan masyarakat.

2.       Bukan mahram
Perempuan mahram adalah perempuan yang haram dikahwini selama-lamanya seperti saudara perempuan dan emak saudara

3.       Bukan masih dalam ‘iddah
Haram meminang perempuan yang masih di dalam ‘iddah, secara sarih atau membuat janji kerana membawa kepada pendustaan selesainya iddah atau kerana melanggar hak bekas suami

4.       Bukan tunang orang
Haram meminang perempuan yang telah dipinang orang apabila telah dipersetujui dan diterima pinangannya.






Trowback- Amanat terakhir sebelum menduduki Peperiksaan Syariah Sem 3 2017



Sekarang tunggu hari untuk mendaftar di IPTA.



Tajuk 1. Pengenalan Usul Fiqh


1 Pengenalan usul fiqh
1.1 Pengertian usul fiqh dan perbezaannya dengan ilmu fiqh
1.2 Pertumbuhan, perkembangan, dan penyusunan
1.3 Faedah dan skop perbincangan

Contoh soalan dan cadangan skema

1.      a)  Huraikan takrif ilmu usul  Fiqh   dan  bincangkan peranan ilmu usul  Fiqh dalm  
     perundangan islam.                                                                          (10m)
    
    Takrif ilmu usul fiqh : ilmu yang membahaskan kaedah-kaedah yang digunakan oleh mujtahid untuk mengeluarkan hukum syarak berkaitan perbuatan mukalaf daripada dalil-dali tafsili.  (2m)

Peranan ilmu usul Fiqh:

1.      Mengetahui cara ulamak dan mujtahid mengeluarkan hukum dengan menggunakan ilmu usul fiqh dalam menetapkan hukum sesuatu masalah.

2.      Mengetahui kaedah ulamak menetapkan sesuatu hokum serta kaedah istonbat berdasarkan dalil syarak.

3.      Melalui ilmu usul fiqh memudahkan ulama usul fiqh memberi fatwa kerana ada landasan dan panduan.

4.      Mengetahaui faktor dan punca perselisihan ulama  mengenai sesuatu hukum baharu yang tiada nas Al-Quran dan al Sunnah.

2m X 4 isi & huraian  = 8m

b) Bincangkan faktor-faktor  yang membawa kepada penyusunan ilmu Usul Fiqh.
                                                                                                                     (10m)
           
  Faktor-faktor ilmu Usul Fiqh

1.      Negara Islam semakin luas. Oleh itu umat Islam bertambah ramai terdiri dari  
pelbagai bangsa.

2.   Munculnya perdebatan sengit antara ulama khususnya madrasah ahli hadis di Hijaz dan ahli al-ra’yi di Iraq.

3.    Kemampuan bahasa arab dlm klgn umat Islam semakin lemah ekoran interaksi mereka dengan bangsa lain.

4.      Banyak  masalah baru  muncul.Keperluan ijtihad mendesak .

Kesimpulan : perlu ada satu kaedah atau cara yang khusus untuk memahami ilmu Usul Fiqh.

Faktor 4isi + huraian 2m= 8m
Kesimpulan = 2m

Sunday, 5 August 2018

contoh soalan muamalat Semester 1

1



Soalan STPM Sem 1 2016





Jadual Ujian Diagnostik Ogos 2018

Bittaufiq wa al najah

Penyejuk Hati




💓 Menanda Latihan pelajar yang cantik dan kemas memang menyejukkan hati. Hilang sekejap duka lara. Terima kasih Ain dan Nabilah dari 6S101 dan Farisah ting 6S103. Sayang kamu sangat.💝




Tahniah Ain, Nabilah dan Farisah

Pelajar STPM batch 2016/17


PERSOALAN SEMASA

1.   Jual beli Fudhuli

Bahasa : Mereka yg melakukan pekerjaan yg tidak dikehendaki (bukan tugasnya).

Istilah : Mereka yg menguruskan urusan org lain tanpa diberi kuasa / mereka menguruskan hak org lain tanpa izin syar’i. Contoh : Seseorg menjual atau membeli barang kepunyaan org lain tanpa diserahkan pengurusannya atau tanpa upah / seseorg menyewa utk org lain tanpa ditugaskan atau wakil darinya
.
Pendapat ulamak :
(a) Al-Ahnaf  dan  Al-Malikiyyah : Sah – sekiranya dipersetujui atau diluluskan dan batal sekiranya tidak dipersetujui.

Alasan :
1. Riwayat al –Bukhari : Rasulullah S.A.W. member satu dinar kpr ‘Urwah al-Bariqi membeli seekor kambing. Dia membeli 2 ekor – seekor dijualkan dgn harga satu dinar dan seekor lagi diserahkan kpd Nabi S.A.W. bersama duit satu dinar itu. Lalu Nabi S.A.W. berdoa.

2. Penjual dan pembeli – sempurna keahlian – Perlaksanaan akadnya lebih utama dari menghampakannya. Akad itu – member kebaikan kpd tuan empunya kerana ia berhak utk tidak meluluskan jika tidak berfaedah.

(b) Al-Syafi’iyyah dan Al-Hanabilah + Al-Zahiriyyah : Batal – walau dipersetujui oleh tuan empunya kerana – persetujuan member kesan kpd akad sedangkan akad tidak ada sejak permulaan, maka persetujuan tidak ada.
Alasan :
1. Urusan fudhuli – berlaku pd perkara yg tidak dimiliki – dilarang pd Syarak.
2. Org yg melakukan akad pd perkiraan Syarak hendaklah sempurna kekuasaannya dan keahliannya. Kesempurnaan kekuasaan tidak ada kecuali dgn memiliki atau dgn keizinan pemiliknya, sedangkan fudhuli bukan begitu.

2.   Jual Beli Mu’atah (Unjuk Berunjuk)
Maksud : Secara unjuk berunjuk tanpa ijab + qabul. Spt – membeli satu kilo gula dgn membayar harganya tanpa melafazkan ijab + qabul atau tanpa mengisyaratkannya.
(a) Jumhur (al-Ahnaf + al-Malikiyyah + Al-Hanabilah) –Sah – bila menjadi adat yg menunjukkan redha meredhai + org ramai sentiasa melakukannya di kedai2 + tiada org yang mengingkari – menjadi ijmak.
(b) Al-Syafi’iyyah – Disyaratkan pd akad lafaz sarih ijab + qabul atau kinayah. Justeru sah sama ada barang berharga mahal atau murah. Keredhaan – tersembunyi, diketahui dgn apa yg dilafazkan.
Pendapat yg terpilih dari al-Syafi’iyyah (al-Nawawi + al-Baghawi + al-Mutawalli) – Sah – kerana kembali kpd ‘uruf (kebiasaan).
Ibn Surayj + al-Rawiyyani – Harus – pd barang2 murah shj spt satu kilo gula, beras, bawang dsb.

3.   Jualan Urban (Cengkeram)
Pd. Bahasa = cengkeram. Syarak = Membeli barang dgn membayar cengkeram dahulu – sekiranya pembeli bersetuju dgn barang itu ia menjelaskan bakinya dan jika tidak bersetuju, dihebahkan cengkeram itu kpd penjual.
Jumhur – Tidak sah. Ada unsure penipuan + memakan harta tanpa bayaran + mengandungi 2 syarat yg fasid iaitu syarat hibah + tolak – jika tidak reda.
Ibn Hanbal – Sah. Satu cara asas perniagaan masa kini utk – mengikat pengurusan perdagang + menjamin perjanjian yg boleh mengelakkan kerugian dan penipuan + menunggu terlampau lama dgn member sedikit bayaran.



Khairul Kamarudin, CEO baru Bank Islam
BAY’  AL-‘INAH
TAKRIF
1.   Menjual sesuatu brg – dgn harga tangguh – kemudian membelinya balik drpd pembeli – secara tunai – dgn harga yg kurang drpd harga jualan.
2.   Terdapat 2 akad / transaksi jual beli – tiap2 satu cukup rukun2 + syarat2 jual beli.
3.   Pd akhir transaksi kedua – pembeli mendpt wang hasil drpd jualan brg yg telah beli sebelum itu. Al – ‘Inah bermaksud wang.
4.   Con : Hasan menjual suatu brg kpd Ali dgn harga RM5,500.00 secara tangguh. Selepas Ali menerima brg itu – ia menjualnya balik kpd Hasan dgn harga RM5,000.00 SECARA TUNAI. Akhirnya Ali mendpt wang tunai sebanyak RM5,000.00 + ia berhutang dgn Hasan sebanyak RM5,5000.00 – dibayar secara tangguh mengikut persetujuan.
RUKUN
Kedua2 akad hendaklah cukup rukun2 jual beli :
1.   Penjual
2.   Pembeli
3.   Brg yg dijual beli
4.   Harga
5.   Sighah
HUKUM
1.   Mazhab Syafi’I + Zahiri + Abu Yusuf dan Imam Muhammad ( Hanafi) – harus – krn kedua2 akad di dlmnya – cukup rukun2 + syarat2nya.
2.   Bahan2 ribawi yg berasaskan matawang – tidak boleh dijual beli secara Bay’ al-‘Inah – krn dlm transaksi pertama – wang bayaran bagi brg itu yg juga berasaskan matawang ditangguh. Penangguhan ini menjadi riba nasi’ah = pertukaran antara dua bahan ribawi yg sama jenis / sama asas – satu drpdnya diserah secara tangguh pd masa lain.
3.   Bahan2 ribawi dibahagikan mengikut 2 asas – asas matawang + asas makanan.
4.   Bhan2 ribawi drpd asas matawang :
4.1 Emas dlm semua bentuk – ketul, brg2 kemas / syiling.
4.2 Perak dlm semua bentuk – ketul brg2 kemas / syiling.
4.3 Wang kertas + lain2 jenis wang – selain emas + perak. Tiap2 jenis matawang dikira sebagai satu jenis yg berlainan – mengikut Negara yg mengeluarkannya.
5.   Bahan2 ribawi drpd asas makanan – ialah semua jenis makanan spt bijirin,        daging sayuran, buahan + garam.

6.   Pembeli hendaklah menerima + memgang brg yg dibelinya sebelum ia menjualkannya balik kpd penjual.






Image result for gambar kambing kartun





JUAL BELI YG TIDAK SAH DAN DIHARAMKAN
1.   Menjual Air Benih Binatang Ternakan
Tidak sah dan diharamkan kerana – tidak diketahui kadarnya, dianggap tidak bernilai dan tidak dpt diserahkan. Dilarang oleh Rasulullah S.A.W.. Disunatkan pemilik binatang jantan – meminjamkan kpd org lain utk pembiakan.

2.   Menjual Anak Binatang Dalam Kandungan Ibunya
Menjual salah satu drpdnya – juga diharamkan. Jika menjual ibu bunting – dgn sendiri termasuk anaknya. Berlaku di kalangan Arab jahiliyah – binatang yg berbaka baik.

3.   Menjual Buahan Yg Masih Di Atas Pokok
Kecuali setelah nyata tuanya (eloknya) kerana – buah muda sering gugur dan busuk.

4.   Jualan daging dgn Binatang
Daging, limpa dan hati dgn binatang – dari satu jenis atau berlainan spt menjual daging lembu dgn kambing. Tetapi harus dan sah -  dgn kulit binatang yg telah disamak.

5.   Jualan Bersyarat
Pejual berkata : “Saya jual kereta ini kpd awak dgn harga RM35,000.00 dgn syarat awak jualkan kereta awk kpd saya dgn harga RM25,000.00”.

6.   Jualan Barang Majhul
Menjual sesuatu yg tidak boleh dilihat dan tidak boleh diterima – spt ikan di laut dan burung di udara – kerana menyalahi syarat2 jual beli.

7.   Jualan Dgn Syarat Hutang
Penjual berkata : “Saya jual kompuetr ini kpd awak dgn harga RM1,000.00 dgn syarat awak beri hutang kpd saya RM300.00”

8.   Menjual Sesuatau Yg Dibeli Tetapi Belum Diterima.
Kerana belum menjadi milik sempurna.


JUALAN YG DIHARAMKAN TETAPI SAH

1.   Membeli Barang Dgn Harga Lebih Mahal
Lebih mahal dari harga biasa. Bertujuan – org lain tidak dpt membeli. Haram kerana – menyakiti org lain. Al-Malikiyyah + Al-Hanabilah : Sah dan boleh khiyar bagi pembeli jika berlaku kerigian besar. Al-Hanafiyyah + Al-Syafi’iyyah : Sah dan berdosa.

2.   Membeli Barang Yg Telah Dibeli Org Lain
Masih dlm masa khiyar.

3.   Menyekat Pedagang2 Dari Desa Di Pertengahan Jalan
Pembeli menyekat – sebelum mereka sampai ke Bandar dan mereka tidak tahu harga di pasar. Mereka membeli dgn harga murah – menyebabkan kerugian kpd pedagang2 dari desa. Al-Hanafiyyah : Sah. Al-Syafi’iyyah dan Al-Hanabilah : Boleh khiyar pd pedagang dan tidak boleh pd penduduk Bandar. Al-Malikiyyah : Fasid.

4.   Membeli Barang2 Keperluan Utk Disorok
Sedangkan masyarakat memerlukannya. Bertujuan – utk dijual dgn harga yg lebih mahal + keuntungan berlipat ganda.

5.   Menjual Barang Utk Keperluan Maksiat
Spt seseorg menjual nira kpd pengusaha todi. Haram kerana membantu mereka membuat perkara haram – kerana todi adalah minuman memabukkan.

6.   Jualan Secara Tipu Dan Kecoh
Penjual meletakkan barang baik di atas dan sebaliknya.

7.   Jual Beli Utk Mengatasi Tawaran Org Lain
Seorg pembeli telah bersetuju membeli, tiba2 dtg org lain hendak membeli barang itu dgn harga lebih mahal. Haram – kerana menyakiti org lain. Ulamak sepakat – haram. Hukum : Al-Hanafiyyah + Al-Syafi’iyyah : Sah tetapi berdosa. Al-Hanabilah + Al-Malikiyyah : Fasid.

Monday, 30 July 2018

Ceria pagi Selasa ..Topik Munakahat



wajah ceria students saya

PENGENALAN MU’AMALAT

Fitrah manusia  yang  tidak boleh hidup bersendirian tanpa pertolongan org lain. 

Pengertian Muamalat ialah perhubungan antara manusia  utk mendapatkan keperluan masing masing  dengan cara yg baik  sesuai dgn tuntutan agama  serta landasan Syarak.

Islam telah menjelaskan tentang mua’malat dgn terperinci spt jual beli, sewaan, hutang, gadaian, upahan, syarikat usahasama dan syarikat permodalan serta perkonsian untung dan rugi.

Fungsi Dan Kepentingan
1.    Supaya manusia hidup bekerjasama , tolong menolong ,bertukar-tukar keperluan ,berhubung  dan berkenalan.
 Al-hujurat:13

2.    Membawa kpd perpaduan umat  dan keamanan masyarakat dan negara.
Al maidah :2

3.    Melalui mu’amalat  dpt menghindarkan penindasan ,kezaliman  dan penipuan, kerana keperluan manusia boleh dipenuhi dengan cara yang disyariatkan.
alBaqarah :188

4.    Mewujudkan masyarakat yg berdikari , saling berlumba2, tekun  dan sabar dlm mencari rezeki halal
Al-Qasas: 77

5.    Melahirkan umat yg bertgjwb,  berlumba-lumba dlm membelanjakan harta pd jln Allah spt zakat , hibah  dan  wasiat dll.
Al Baqarah : 148   




Tajuk 1 semester 1

JUAL BELI

PENGERTIAN

Bahasa – Menukar sesuatu dgn sesuatu yg lain
Syarak – Menukar harta dgn  harta  mengikut cara-cara yg tertentu.

HUKUM JUAL BELI
Harus – reda oleh pembeli dan penjual.

Berubah mengikut keadaan :
1.    Wajib = ketika manusia sangat memerlukan – barangan keperluan asasi  keadaan terdesak  seperti kelaparan.
2.    Sunat = ketika barang diperlukan spt penjual menjual barang keperluan harian.
3.    Makruh = jual beli ketika azan pertama pd hari Jumaat.
4.    Haram = i. setelah  azan ke 2 Solat Jumaat
 ii. jual beli benda2 najis dan haram pd Syarak spt menjual arak dan bangkai
.
Dalil Jual beli :
1.   Al Quran Al Baqarah : 275
2.   Al Quran Al Baqarah : 282
3.   Hadis   من كم انما البيع عن تراض  


HIKMAT DIHARUSKAN JUAL BELI
1.    Tabiat manusia – tukar menukar faedah harta sesama mereka menerusi jual beli, sewaan dan gadaian.
2.    Menghindarkan rampasan, rompakan dan samun – ketika manusia ingin memiliki benda yg tiada padanya.
3.    Mengajar – hidup bersatu padu, harmoni dan bersistem.

SYARAT-SYARAT SAH JUAL BELI

Syarat-Syarat Penjual Dan Pembeli
1.    Mukallaf (berakal, baligh).
Imam al-Syafi’I – tidak sah oleh org gila, bodoh dan kanak2
Hanbali – sah dilakukan oleh kanak2 – jika barang sedikit spt beli gula2.
Hanafiyyah – Tidak mensyaratkan baligh – sah dilakukan oleh kanak2 mumayyiz – berumur 7 tahun.
2.    Bukan org yg ditahan hartanya – kerana bankrap atau bodoh.
3.    Bukan dipaksa – Bebas drpd sebarang ikatan + bebas bertindak atau memilih. Tidak sah dilakukan secara paksa, kecuali secara hak – spt dipaksa utk bayar hutang. Biasanya dilakuakan oleeh pemerintah.
4.    Merdeka. Tidak sah dilakukan oleh hamba.
5.   Beragama Islam – (penjual senjata, al-Qur’an, hadith dan kitab agama). Tidak sah menjual perkara2 di atas kpd org kafir – meneyebababkan kehinaan. Juga tidak sah menjual perkara2 di atas kpd org kafir – meneyebabkan kehinaan. Juga tidak sah menjual peralatan perang kpd musuh Islam – kerana boleh membantu mereka menyerang org2 Islam.

Syarat-Syarat Barang Jualan
1.    (Bersih) – Tidak sah menjual najis spt bangkai, anjing, babi dan sesuatu yg terkena najis yg tidak boleh disucikan spt minyak yg terkena najis. Setengah ulamak mengatakan ia boleh disucikan dgn menuangkan air dan dikacau sehingga air meratai seluruh minyak itu. Seterusnya dikeluarkan air melalui bawh bekas minyak itu supaya tinggal minyak shj. Riwayat al-Bukhari :
2.    (Berfaedah) – Tidak sah menjual serangga yg tidak berfaedah dan sesuatu yg tidak bernilai spt satu bikji gandum atau 2 biji beras dll.
3.    Kepunyaan penjual atau wakil – Sah menjual barang yg pd zahir dimiliki oleh org lain, tetapi setelah dijual ternyata miliknya sptseorg menjual harta warisnya – disangka warusnya masih hidup – selepas dijual didapati warisnya telah mati.
4.    Sanggup menyerahkannya kpd pembeli ketika akad kecuali jual salam. Tidak sah jual beli barang yg hilang atau dicuri – dgn syarat penjual tidak sanggup mengambilnya kembali dari pencuri, jika sanggup – jualan itu sah.
Serah menyerah tdk menjadi syarat jual beli – tetapi tidak selesai urusniaga tanpa menyerah brg yg dijual kpd pembeli.
Selesai menyerah – dgn izin penjual kpd pembeli utkmengambil brg yg dijual + dikira pembeli mengambil brg itu. Berhasil penyerahan dgn :
4.1         Penyerahan tanah = dgn izin penjual kpd pembeli bagi mengendalinya.
4.2         Penyerahan kawasan yg berpagar = dgn masuk pembeli dlm kawasan itu.
Penyerahan rumah – dgn menyerah kunci kpd pembeli.
4.3         Binatang ternakan jinak = dgn pembeli memegang kepala, telinga / talinya.
Bintang liar = dgn izin penjual kpd pembeli utk mengambilnya dgn apa carapun.
4.4         Bahan2 sukatan = dgn disukat. Bahan2 timbangan = dgn ditimbang atas arahan  
penjual + dimasukkan ked lm bekas – utk dikendalikan oleh pembeli.
4.5         Penyerahan berhasil = dgn penjual member brg kpd pembeli / diambil oleh      
pembeli tanpa halangan dari penjual.
5.    Penjual berhak menahan brg yg dijual drpd diserahkan kpd pembeli sehingga pembeli menyerah harga brg itu sepenuhnya.
6.    Jika tempat penyerahan dipersetujui bukan tempat akad – brg itu hendaklah diserahkan di tempat yg dipersetujui.
7.    Perbelanjaan penyerahan brg – ditanggung oleh penjual, mnkl perbelanjaan penyerahan harga ditanggung oleh pembeli.
8.    Kemusnahan brg sebelum diambil oleh pembeli – tidak ditanggung oleh pembeli.
9.    Kemusnahan brg yg hendak dijual di tangan pembeli semasa tawar menawar sebelum akad + harganya telah ditetapkan oleh penjual – ditanggung oleh pembeli.
10.                     Penjual dan pembeli mesti tahu -  jenis, kadar dan sifat – Tidak sah menjual sesuatu yg tidak diketahui – kerana menyebabkan penipuan.

Dari syarat ini – tidak sah menjual :
i)                 Jualan barang yg ada tetapi tidak dilihat.
ii)             Jual beli org buta.
11.                     Melihat barang jualan – Tidak sah beli barang yg tidak dpt dilihat spt membeli ubi yg belum digali.

Syarat-Syarat Harga
1.    Bersih – Tidak sah haraga itu arak atau anjing.
2.    Berfaedah pd syarak.
3.    Kepunyaan pembeli – Tidak sah dgn wang yg bukan kepunyaan pembeli.
4.    Pembeli mampu menyerahkannya kepada penjual.
5.    Penjual dan pembeli – tahu jenis wang – sifat dan kadar harga yg tidak diketahui.

Syarat-Syarat Ijab Dan Qabul
Hanafiyyah – Ijab – Kerelaan perbuatan yg berlaku pd permulaan – dari penjual atau pembeli. Qabul – yg berlaku pd yg kedua.
Jumhur – Ijab – Ucapan(penjual) – meskipun ditakkhirkan. Qabul – ucapan penerimaan pembeli – walaupun didahulukan.
1.    Tidak diselangi perkataan lain – yg tiada hubungan dgn akad.
2.    Tidak diselangi diam yg lama. Diam sekejap – kerana pembeli terbatuk atau bernafas – tidak menjadi kesalahan.
3.    Bersamaan dari segi makna walaupun berlainan pd lafaz. Penjual – “Saya jual barang ini kepada awak dgn harga satu ringgit”. Pembeli – “Saya terima barang ini dgn harga seratus sen”.
4.    Tidak boleh dihadkan masa – spt kata penjual – “Saya jual kereta ini kpd awak dgn harga RM 30,000.00 dlm masa 3thn”.
5.    Tidak boleh dita’liq(dikaitkan) – Penjual – “Saya jual kebun ini kpd awak dgn harga RM 50,000.00 sekiranya bapa saya meninggal dunia”.
6.    Majlis akad = Pertemuan antara penjual + pembeli – utk menjlnkan jual beli ke atas brg tertentu.
Pertemuan – tidak semestinya hadir di suatu tempat tertentu. Boleh berlaku akad melalui surat / telex – bermula dgn penerimaan surat oleh pihak kedua + selesai membacanya. Melalui telepon – majlis bermula dgn penerimaan panggilan oleh pihak kedua.

Berakhir majlis akad – pertemuan penjual + mpembeli – dgn kedua2nya berpisah. Melalui surat / telex – berakhir dgn beredarnya pihak kedua dari tempat bermulanya majlis. Melalui telepon – berakhir dgn memutuskan hubungan telepon.




Keperluan dihadkan majlis akad

1.   Memberi masa kpd pihak kedua berfikir – hendak menerima / tidak – setelah diijab oleh pihak pertama.
2.   Memberi peluang kpd pihak pertama – utk menarik balik ijabnya – sebelum diqabulkan oleh pihak kedua.
3.   Membolehkan kedua2 pihak – membubarkan akad – selagi mereka masih berada dlm akad.

JENIS-JENIS JUAL BELI

1.   Barang – boleh dilihat oleh penjual dan pembeli. Sangat dikehendaki kerana mengelakkan dari sebarang yg tidak diingini.
2.   Barang belum ada – tetapi ditentukan jenis,sifat dan kadarnya. Dinamakan “jual salam”. Diharuskan – jika memenuhi segala syarat2 di waktu akad.
3.   Barang tidak diperlihatkan ketika akad – tidak diharuskan.
4.   Jual faedah atau manfaah – upah mengupah / sewa menyewa. Diharuskan. Boleh mengupah mana2 wanita atau ibu utk menyusukan anakanya. Pertukaran faedah = ibu menyusukan anak dan usahanya dibayar upah – hasil faedah = ibu menyusukan anak dan usahanay dibayar upah – hasil faedah penyusuan itu. Harus – walaupun bayaran belum dijelaskan waktu akad.
5.   Jualan al-Sarf = Tukaran Matawang


KHIYAR

PENGERTIAN
Memilih antara 2 perkara – sama ada ingin meneruskan jual beli atau ditarik balik (tidak jadi berjual beli).

DALIL-DALIL BAGI YANG MENGHARUSKAN KHIYAR

HIKMAT DIHARUSKAN KHIYAR
1)      Supaya penjual dan pembeli dapat memikirkan kepentingan masing2.
2)      Mengelakkan berlaku penyesalan dikemudian hari akibat tertipu.
3)      Memuaskan hati masing2 selepas dilakukan khiyar.
JENIS-JENIS KHIYAR

1)      KHIYAR MAJLIS
Penjual & pembeli boleh memilih sama ada meneruskan jual beli atau membatalkannya selagi kedua-dua belah pihak masih berada dalam majlis akad jual beli itu. Nabi bersabda :

Maksud ‘berpisah dari tempat akad’ ialah:
i)                    Mengikut adat kebiasaan. Sekiranya adat kebiasaan mengatakan penjual dan pembeli itu dianggap sudah berpisah – maka tidak boleh khiyar.
ii)                  Jika kedai kecil – dianggap selesai khiyar apabila keluar dari kedai.
iii)                Jika kedai besar/tempat lapang (padang) – tidak boleh khiyar selepas beredar dari situ.
Boleh khiyar pada jual beli seperti tukaran wang, makanan dengan makanan, jual salam dsb.
Tidak boleh khiyar pada perkahwinan & hibah kerana tidak dinamakan jual beli. As-syafi’iah & Hanabilah : HARUS.Malikiyyah & Hanafiyah : BATAL.

2)      KHIYAR SYARAT

Penjual & pembeli atau salah seorang membuat syarat pada waktu akad seperti berkata pembeli “Saya beli barang ini dengan harga RM 50.00 dengan syarat khiyar dalam tempoh 3 hari.”
Disyariatkan kerana suatu keperluan untuk mengelakkan dari berlaku kerugian.

DALIL DISYARIATKAN KHIYAR SYARAT

Riwayat Ibn ‘Umar:

Difahami dari hadis:
i)                    Semua jenis jualan boleh dilakukan khiyar kecuali jual beli barang2 yang mesti berterimaan di majlis akad seperti barang2 ribawi.

ii)                  Tempoh khiyar tidak lebih 3 hari. Sekiranya penjual & pembeli melewatkan khiyar lebih dari tempoh itu, maka jual beli tersebut tidak boleh dimansukhkan.
Perkara yang boleh dikhiyarkan sebagai khiyar syarat ialah akad yang lazim yang boleh menerima fasakh dengan sebeb kerelaan pembeli & penjual seperti jual beli, sewaan, pawah, syarikat, mudharabah, hiwalah & gadaian.

Sementara akad yang tidak lazim seperti wakalah, pinjaman, simpanan, hibah & wasiat – tidak perlu syarat khiyar.

Manakala akad yang lazim yang tidak menerima fasakh seperti nikah, khulu’ & talak – tidak sah disyaratkan khiyar.

TEMPOH MASA KHIYAR
1)      Abu Hanifah, Zufar, as-Syafi’i: Tidak lebih 3 hari. Sekiranya lebih, akad itu menjadi fasid (disisi Abu Hanifah & Zufar) & batal (disisi as-Syafi’i).

2)      As-Sahiban(Muhammad b. al-Hassan , Abu Yusuf)  al-Hanabilah

       Mengikut persetujuan penjual & pembeli – walaupun lebih dari 3 hari – kerana khiyar disyariatkan untuk berfikir & berbincang. Mungkin masa 3 hari itu tidak mencukupi bagi tujuan tersebut.
3)      Al-Malikiyah: Mengikut keperluan & keperluan berbeza ikut keadaan. Pada buah-buahan – tidak harus khiyar lebih 3 hari, pakaian & haiwan selama 3 hari, tanah yang jauh selama lebih 3 hari & rumah dan seumpama dengannya selama 1 bulan.

HUKUM2 TENTANG KHIYAR SYARAT
1)      Dalam tempoh khiyar, barang2 jualan adalah milik orang yang mensyaratkan khiyar sama ada pembeli atau penjual. Jika kedua-duanya mensyaratkan khiyar, maka barang itu tidak menjadi milik sesiapa (tergantung), sehingga diteruskan jual beli (jadi milik pembeli), sekiranya pembeli tidak mahu membeli, maka barang itu menjadi milik penjual semula.
2)      Meneruskan jual beli atau tidak – Hendaklah dengan lafaz yang jelas – Menunjukkan jadi atau tidak. Seperti kata pembeli “Saya meneruskan pembeliannya” atau penjaul berkata “Saya fasakhkan jualan ini.”
3)      Menggunakan barang jualan semasa tempoh khiyar seperti dijual, disewa & dihibahkan. Jika dilakukan penjual : membatalkan jualan. Jika dilakukan pembeli : pembelian diteruskan.
4)      Apabila habis tempoh khiyar tanpa difasakhkan oleh mana2 pihak : jual beli itu berkuatkuasa.
5)      Tidak boleh diwarisi. Waris si mati hanya menerima sebarang keputusan daripada pihak yg satu lagi – diteruskan / difasakhkan.
6)      Barang masih menjadi milik penjual semasa tempoh khiyar sehingga penjual memilih jual beli itu diteruskan.


3)      KHIYAR ‘AIB
ð  Barang yang dibeli itu cacat / rosak. Pembeli berhak mengembalikan barang itu/ minta dikurangkan harga. Biasanya barang seperti itu adalah baik & pada waktu akad, kecacatan itu telah ada tetapi pembeli tidak tahu/ kecacatan itu berlaku selepas akad tetapi belum diterima pembeli.
Dalil-dalil :



KECACATAN YANG MEWAJIBKAN KHIYAR
Al-Hanafiyah & Hanabilah : Barang2 yang tidak dalam bentuk asal kejadiannya & menyebabkan kurang harganya pada ‘uruf peniaga sama ada kekurangan itu banyak / sedikit seperti kedua-dua/sebelah mata.
As-Syafi’iyah : Setiap perkara yang mengurangkan harga/luput tujuan sebenar seperti liarnya haiwan,terpotong telinga kambing untuk dijadikan korban & kecilnya kasut yang dibeli.

SYARAT2 TSABIT KHIYAR ‘AIB
1)      Terdapat kecacatan sebelum/selepas akad tetapi sebelum diterima. Sekiranya berlaku kecacatan selepas diterima, tidak boleh khiyar lagi.
2)      Pembeli tidak mengetahui tentang kecacatan pada waktu akad & menerima. Sekiranya dia tahu kecacatan ketika akad/penerimaan, maka tidak boleh khiyar lagi kerana telah rela dengan kecacatan itu.
3)      Penjual tidak mensyaratkan terlepas dari ‘aib di tempat akad. Jika disyaratkandemikian, pembeli tidak boleh khiyar lagi.
4)      Kecacatan itu tidak hilang sebelum fasakh.

                HUKUM2 BERKAITAN KHIYAR ‘AIB
1)      Kecacatan yang terjadi sesudah akad tetapi barang belum diterima pembeli : masih dalam tanggungjawab penjual.
2)      Sekiranya barang itu berada dalam tangan pembeli, boleh dikembalikan/ minta wang kembali.
3)      Mengembalikan barang yang cacat hendaklah segera. Kelambatan bermakna pembeli suka barang itu. Segera-menurut adat kebiasaan. Jika telah azan, maka boleh solat dahulu. Jika lewat malam, boleh kembalikan esok hari.

HALANGAN2 MENGHANTAR KEMBALI BARANG2 CACAT & GUGURNYA KHIYAR.

1)      Reda dengan kecacatan selepas diketahuinya secara jelas. Seperti berkata “Saya reda dengan kecacatan itu.” Atau secara dilalah seperti dia menjualkannya/ menggadaikannya.
2)      Menggugurkan khiyar secara jelas seperti berkata “Saya gugurkan khiyar itu.” Atau secara dilalah dia melepaskannya dari ‘aib itu.
3)      Berlaku kecacatan baru di tangan pembeli seperti dikisarnya gandum & tepung gandum dijadikan roti.
4)      Barang yang ‘aib itu bertambah di tangan pembeli dengan pertambahan yang berhubung yang bukan terjadi dari yang asal seperti mendirikan bangunan, menyiram tanaman & menyelup kain / pertambahan yang berasingan yang terjadi dari yang asal. Manakala pertambahan yang berhubung yang terjadi dari yang asal seperti gemuk/tua & pertambahan yang berasingan bukan terjadi dari yang asal seperti usahanya, boleh dihantar balik bersama barang yang cacat itu.